Skip to main content

Hidup Sihat Tanpa Rokok

   
  MENGIKUT kajian setiap hari, hampir 40,000 orang
  mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau.
  Perkara ini diakui bekas Ketua Pengarah Perubatan
  Pertubuhan Sedunia (WHO), Dr Nakajima dalam satu
  laporan tempoh hari mengatakan bukan saja di negara
  maju tetapi juga di negara membangun, kira-kira separuh
  daripada perokok akhirnya mati akibat penggunaan
  tembakau.


Setiap tahun ketagihan rokok menyebabkan kira-kira 3.5 juta kematian di seluruh dunia dan
jumlah itu dijangka bertambah kepada 10 juta setahun pada 2020 dan seterusnya, manakala
tujuh juta daripada kematian itu adalah di negara membangun. Lima puluh peratus daripada
kematian yang sia-sia itu kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35 hingga 69 tahun)
yang kerugian kira-kira 22 tahun jangka hidup biasa.


Merokok dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian akibat beberapa penyakit
seperti barah paru-paru, penyakit jantung serta penyakit paru-paru kronik.
Kebergantungan kepada nikotin menyebabkan usaha menghentikan tabiat merokok sangat
sukar dilakukan. Malah, ia salah satu penyebab utaman ramai perokok tidak berjaya untuk menghentikan tabiat itu.

Apabila perokok menyedut asap daripada rokok, nikotin mencapai bahagian otak dalam
tempoh beberapa saat sahaja dan mengikatnya pada penerima nikotin yang mengaktifkan
laluan ganjaran dalam litar otak. Ini merangsang pusat kenikmatan dalam otak.
bagaimanapun kesan awal terhadap rasa nikmat itu menyusut dengan kadar yang cepat.
Ganjaran atau kesan rasa nikmat itu mengukuhkan kebergantungan fizikal perokok
terhadap nikotin yang ada didalam rokok.

Perokok kemudian menjadi lali atau biasa dengan tahap tertentu
nikotin dalam sistem mereka manakala pengurangan tahap nikotin
ini mengakibatkan rasa mengidam terhadap nikotin serta perasaan tidak selesa. Kebiasaannya perokok mahu berhenti tanpa menggunakan sebarang ubat, tetapi kaedah ini kurang berjaya dan lima peratus saja yang mampu berhenti tanpa bantuan.

Langkah yang perlu diambil untuk berhenti merokok antaranya mendapatkan bantuan perubatan dan sokongan daripada doktor, ahli farmasi dan orang yang dikasihi. Antara ubat yang sedia ada untuk berhenti merokok termasuklah Terapi Penggantian Nikotin (NRT). NRT membantu mengurangkan rasa ketagihan dengan membekalkan nikotin kepada tubuh anda.

Ia bertindak dengan mengurangkan pergantungan perokok kepada nikotin secara
beransur-ansur, sehinggalah tidak lagi memerlukannya. NRT boleh didapati dalam bentuk
gula-gula getah, gula-gula hisap, tampalan, semburan ke dalam hidung dan alat sedut.
Selain itu, dua jenis ubatoral tanpa nikotin dalam bentuk pil yang boleh membantu anda
berhenti merokok. salah satu ubat ini boleh didapati melalui arahan doktor. Ia boleh
menghentikan keinginan merokok serta tanda-tanda keinginan merokok dan kegelisahan
yang timbul apabila seseorang itu berhenti merokok.
   
Melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berjoging dan merentas hutan adalah antara cara yang boleh mengalihkan ketagihan merokok. Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang merokok kerana ajakan rakan-rakan perokok mampu mengembalikan tabiat merokok anda. Sentiasa mendapatkan maklumat dalam akhbar atau media massa lain mengenai keburukan merokok dan insaf mengenainya. Ingatkan insan tersayang di sekeliling anda yang menyedut asap rokok anda yang boleh memudaratkan kesihatan mereka juga.

Pilihan ditangan anda, apa-apa pun tiada yang dapat menggantikan kesihatan yang baik melainkan kita sentiasa menghindarkan perkara yang boleh memudaratkan gaya hidup dan tubuh badan kita termasuk merokok.



Comments

  1. nice article. Worthy of reading. Ramain yg tau rokok merbahaya tp tetap merokok..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank u for your comment..Have a nice day!!