Skip to main content

Panduan Kesihatan Ketika Melancong

TAHUKAH anda bahawa kita sebenarnya dikelilingi oleh pelbagai virus dan berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit?

Lazimnya penyakit-penyakit berjangkit ini tersebar melalui udara dan selalunya ia dibawa oleh pelancong-pelancong yang gemar mengembara dari satu negara ke negara lain.
para pelancong perlu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai penyakit yang berkaitan dengan pengembaraan. Bagi pelancong-pelancong yang gemar mengembara, mereka perlu sedar akan potensi bahaya di negara-negara yang mereka lawati dan belajar untuk meminimakan risiko mendapat penyakit-penyakit itu.

Hasil kajian baru-baru ini yang membabitkan lebih 34,000 pelancong antarabangsa yang telah mendapatkan perkhidmatan perubatan untuk penyakit yang berkaitan dengan pengembaraan, mendapati hanya 50 peratus orang dewasa dan 49 peratus kanak-kanak yang telah mendapatkan penjagaan perubatan sebelum melancong.


Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang perjalanan.

Ibu bapa perlu berbincang mengenai rancangan pengembaraan mereka dengan pakar doktor kanak-kanak terlebih dahulu untuk memastikan bahawa mereka benar-benar mendapat perlindungan yang diperlukan. Berbanding dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan hospital iaitu 14 peratus berbanding 10 peratus di kalangan orang dewasa kerana kanak-kanak menghadapi risiko yang lebih tinggi dalam dehaidrasi akibat cirit-birit.

Pelalian adalah 99 peratus berkesan untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit dan ia adalah langkah yang penting untuk mencegah sebarang penyakit yang berkaitan dengan pengembaraan. Jika memilih untuk tidak mendapatkan pelalian, anda bukan sahaja menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit asing tetapi juga mungkin mendatangkan perbelanjaan rawatan yang tidak perlu terutama sekali jika penyakit itu boleh dielakkan terlebih dahulu. Penyakit-penyakit pengembaraan yang lazim tetapi boleh dicegah adalah seperti Hipetitis A, Hipetitis B, Demam kepialu, influenza dan meningitis meningokokus.

Jadi bagi mereka yang ingin melancong dan mengembara, sila berjumpa dahulu kepada pakar-pakar yg dirasakan sesuai utk menangani masalah ini supaya perjalanan anda selamat.

Comments