Skip to main content

Pendedahan cahaya matahari punca utama proses penuaan kulit

TUA sebelum masa, selalunya menjadi kegusaran terutama di kalangan wanita yang bimbang andai garis halus yang mula ketara meluruhkan kecantikan wajah. Sesungguhnya realiti itu tidak dapat dihalang, bagai tamu tidak diundang.

Saintis perubatan Switzerland, Dr Atti-La Dahlgren berkata, garis halus atau penuaan terjadi disebabkan empat faktor utama iaitu pendedahan terhadap matahari, pemakanan yang tidak seimbang, tekanan serta merokok dan alkohol.

Beliau berkata, hasil kajian mendalam mengenai penuaan yang dilakukan bersama bapanya, Prof Ake Dahlgren mendapati matahari memberi kesan terbanyak kepada kulit iaitu sebanyak peratus, diikuti merokok dan alkohol (10 peratus); pemakanan yang tidak seimbang dan tekanan masing-masing tujuh dan tiga peratus.

“Panahan matahari bertindak bagai peluru menerjah kulit tetapi tidak dirasai dalam masa yang singkat menyebabkan kecederaan radiasi kronik (CRI). Pendedahan sejam sinaran radiasi UV kepada kulit akan mempercepatkan proses penuaan selama empat jam.

“Antara tanda kulit ‘diserang’ ialah garis halus, jeragat, kekeringan serta kurangnya keanjalan kulit. CRI turut meninggalkan kesan parut mikro, dinding sel mengeras, kurangnya kerjasama antara sel dan lebih serius lagi kerosakan terhadap profil DNA seseorang,”

Comments