Skip to main content

Posts

Showing posts from January 30, 2011

Alahan dan Cara Mengatasi

JIKA habuk, gandum atau produk tenusu menyebabkan anda kerap bersin, terasa gatal, dan asyik tergaru-garu, anda tidak keseorangan. Ramai yang menganggap bahawa masalah gatal-gatal atau hidung berair yang dialami sekali-sekala lumrah hidup dan tidak perlu dibimbangkan. Lagipun keadaan kurang selesa atau sedikit gangguan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas harian, baik mengemas rumah mahupun menjaga anak, atau giat bekerja dari pukul 9 pagi hingga ke malam. Namun bagi ramai orang di seluruh dunia yang mengalami alahan kronik dan berulang, serangan boleh berlaku begitu kerap dan serius sehingga mengganggu kehidupan mereka. Masalah umum yang disebabkan oleh alahan termasuk keletihan kerana gejalanya boleh mengganggu kelenaan tidur dan menyebabkan seseorang cepat marah, hilang tumpuan dan menjejaskan prestasinya di sekolah atau di tempat kerja. Kemunculan tanda-tanda ekzema atau rasa gatal-gatal juga memberikan kesan negatif terhadap keyakinan seseorang. Dalam

Pendedahan cahaya matahari punca utama proses penuaan kulit

TUA sebelum masa, selalunya menjadi kegusaran terutama di kalangan wanita yang bimbang andai garis halus yang mula ketara meluruhkan kecantikan wajah. Sesungguhnya realiti itu tidak dapat dihalang, bagai tamu tidak diundang. Saintis perubatan Switzerland, Dr Atti-La Dahlgren berkata, garis halus atau penuaan terjadi disebabkan empat faktor utama iaitu pendedahan terhadap matahari, pemakanan yang tidak seimbang, tekanan serta merokok dan alkohol. Beliau berkata, hasil kajian mendalam mengenai penuaan yang dilakukan bersama bapanya, Prof Ake Dahlgren mendapati matahari memberi kesan terbanyak kepada kulit iaitu sebanyak peratus, diikuti merokok dan alkohol (10 peratus); pemakanan yang tidak seimbang dan tekanan masing-masing tujuh dan tiga peratus. “Panahan matahari bertindak bagai peluru menerjah kulit tetapi tidak dirasai dalam masa yang singkat menyebabkan kecederaan radiasi kronik (CRI). Pendedahan sejam sinaran radiasi UV kepada kulit akan mempercepatkan proses penuaan selama

Urutan dan Kesannya Pada Tubuh

Urutan pada tubuh sememangnya akan membuatkan tubuh terasa lebih nyaman, tenang dan santai. Perkara ini sudah lama diketahui. Selain itu menurut pakar perubatan urutan juga sangat elok untuk kesihatan diri. Berikut adalah beberapa kesan urutan terhadap kesiahatn diri yang telah dihasilakn dalam sebuah kajian; 1) Urutan pada punggung yang dilakukan selama 30 minit dalam tempoh lima hari berturut-turut dapat menurunkan tahap depresi dan kecemasan pada anak dan remaja yang mengadapa masalah kejiwaan. 2) Bagi pengidap cancer, urutan secara rutin akan menurunkan rasa sakit (lebih kurang 60%) dan kecemasan (24%). 3) Urutan juga dapat mengurangkan rasa cemas, depresi, rasa tidak percaya diri, serta kelainan hormon dan saraf pada penderita penyakit bulimia. 4) Urutan selama 45 minit, lima kali dalam seminggu, untuk jangka waktu satu bulan, pada pengidap penyakit AIDS atau HIV dapat meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit. 5) Urutan dapat merangsang otak untuk menghasilkan bahan

Tanda-tanda Alahan Dan Cara Mengatasinya

ALAHAN boleh berlaku kepada sesiapa saja, tanpa mengenal usia dan bangsa. Alahan adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu alah terhadap sesuatu bahan termasuk makanan seperti ketam dan sotong. Seseorang itu boleh mengalami alahan apabila tersedut atau terhidu bahan tertentu seperti habuk atau mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan terhadap mereka. Tanda-tanda alahan : 1) Bersin. 2) Gatal-gatal hidung. 3) Hidung tersumbat. 4) Berhingus. 5) Mata terasa gatal-gatal. 6) Mata menjadi kemerah-merahan dan seperti menangis. 7) Kadangkala batuk. 8) Lelangit terasa gatal. 9) Nafas berbunyi. Jika anak anda mengalami alahan, ada kemungkinan ia berpunca daripada dua faktor gabungan iaitu genetik ataupun persekitaran. Sebagai ibu bapa, jika anda ataupun suami mempunyai sejarah alahan, ini menunjukkan bahawa kemungkinan bagi anak-anak anda untuk mengalami alahan adalah kira-kira 40 peratus tetapi jika kedua-duanya (ibu dan bapa) meng

Kanser boleh dikesan awal

SOALAN YANG KERAP DIAJUKAN 1. Apa itu kanser? Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain. Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop. 2. Apakah leukemia? Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan ‘kanser luar biasa’ kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia. 3. Apa yang menyebabkan kanser? Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan deng

Kesan jangka masa tidur kepada mental

ADA orang tidur lama dan ada orang tidur sekejap. Antara mereka ini ada yang rajin dan produktif, tetapi tidak kurang juga sebaliknya — malas serta tidak tidak produktif. Adakah jangka masa tidur boleh menentukan kerajinan dan produktiviti seseorang? Jawapannya ya dan tidak. Ini bermaksud terpulang kepada individu berkenaan — berapa umurnya, apakah tabiat dan jadual tidurnya, apa dilakukan sepanjang hari dan bagaimana pemakanannya. Ada pemimpin negara maju dan ilmuan yang berwibawa, hanya tidur lebih kurang lima jam saja setiap hari, tetapi sangat produktif dan cemerlang dalam kerjaya mereka. Ada juga makluman bahawa mereka yang tidur terlalu lama mempunyai risiko tinggi dilanda pelbagai penyakit, terutama gangguan kardiovaskular seperti strok dan kanser, jika dibanding dengan yang tidur sekejap. Makluman ini dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan mereka yang kurang tidur terdedah pada risiko badan menjadi gemuk dan penyakit kencing manis. Oleh itu, kita turut menjadi k

Kenali sakit kepala anda

Berdasarkan laporan Majlis Pendidikan Sakit Kepala Amerika (ACHE), dianggarkan hampir 90 peratus lelaki dan 95 peratus wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya rasa sakit kepala seumur hidup mereka terutamanya ketika jatuh sakit, keletihan ataupun tertekan. Sesetengah orang mengandaikan sakitnya seperti getah yang secara perlahan-lahan mengikat sekeliling kepala manakala yang lainnya pula membayangkan kesakitan mereka bertambah teruk sebaik lampu dinyalakan. Keadaan-keadaan tersebut merupakan sebahagian deskripsi sakit kepala walaupun berbeza jenisnya - dengan migrain dan ketegangan adalah yang paling biasa daripada lebih 150 jenis kesemuanya. Dalam pada setiap orang sekali-sekala mendapat sakit kepala, mereka yang menderita sakit kepala kronik boleh dikatakan hidup dalam serba ketakutan, menanti bila pulakah serangan seterusnya akan berlaku. Pakar-pakar berpendapat, kunci utama merawati sakit kepala adalah dengan cara mengenal pasti jenis sakit kepala anda. Anda tidak perl

Punca dan Cara Merawat Katarak

RAWATAN awal katarak berupaya mengelakkan mata menjadi buta. ADAKAH pandangan anda kabur, sukar membaca dan kerap menukar cermin mata? Atau, adakah pandangan anda teruk dalam cahaya terang dan paling ketara, anak mata menjadi putih? Anda mungkin mengalami katarak iaitu sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput atau berkabus. Cahaya yang tidak dapat menembusi kanta mata akibat keadaan berkeruh itu menyebabkan rabun dan lama-kelamaan berpotensi mengakibatkan kebutaan. Bagaimanapun, rawatan awal berupaya menghalang penglihatan seseorang daripada langsung terjejas dan tidak dapat melihat sama sekali. Jadi, sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti di atas, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan mata lebih lanjut. Siapakah golongan yang berisiko menghidap katarak? Memandangkan katarak merupakan satu proses yang berlaku seiring pertambahan usia seseorang, mereka yang berusia lebih 60 tahun rentan kepada penyakit ini. Di Amerika Syari

Fakta Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Siapakah yang berisiko tinggi? HFMD boleh berlaku di kalangan semua peringkat usia dan golongan tetapi kanak-kanak yang berusia sekitar 2 minggu hingga sepuluh tahun berisiko untuk dijangkiti. Apakah gejala-gejalanya? * Demam yang berterusan dua hingga tiga hari, diikuti dengan sakit tekak dan hidung berair. Lecur atau lepuh timbul di dalam mulut dan pecah atau `meletup' dengan meninggalkan lima hingga sepuluh ulser yang cukup menyakitkan.  Selalunya ia terjadi pada lidah, gusi dan di bahagian dalam pipi. * Di waktu yang sama gelembung kecil kemerah-merahan seperti ruam timbul pada telapak tangan dan tapak kaki. Ruam ini juga timbul pada punggung dan sekeliling bahagian yang dibaluti lampin. * Kanak-kanak mungkin hilang selera makan dan kadangkala mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. * Lesu, lemah dan tidak bermaya. Bagaimanakah penyakit ini disebarkan? HFMD sebenarnya mudah merebak dan berjangkit, lazimnya melalui sentuhan langsung dengan lelehan daripada hidun

Petua merawat benjol, terseliuh

BENJOL, terseliuh dan kekejangan otot adalah sakit luaran yang biasa berlaku pada masa yang singkat. Penyakit ini tidak mempunyai kesan pada kulit tetapi sekadar dirasai saja. Ia juga tidak mempunyai kesan jangka panjang dan boleh diubati dengan mudah. Penyakit luaran boleh berlaku pada bila-bila masa kerana tidak menunjukkan apa-apa tanda. Penyakit ini menyerang pada semua peringkat umur menyebabkan seseorang itu berasa kesakitan yang keterlaluan. Oleh sebab penyakit ini tidak mempunyai ubat khusus, terdapat beberapa petua yang mampu mengurangkan kesakitan ketika mengalaminya. BENJOL: BAGI kanak-kanak yang baru belajar berjalan, kerap kali mereka terhantuk sehingga kepala menjadi benjol. Benjol yang besar akan menyebabkan terasa sakit. Tidak ada ubat khusus merawat benjolan tersebut. Ada petua mudah iaitu si ibu perlu mengulum setengah genggam rambut pada bahagian hujung. Kemudian rambut hendaklah disapukan pada dahi kanak-kanak yang benjol. Sapukan dengan rata sehingga kana

Hargailah Mata - Tips Penjagaan

MATA banyak mempengaruhi kita. Ada yang dikurniakan mata bundar dan ada yang sepet. Ada juga yang memiliki sepasang mata bersinar dan tidak kurang memiliki mata yang tidak bermaya. Apabila usia meningkat, mata – organ penting dalam kehidupan juga akan mula kabur. Bagi kebanyakan kita, apabila usia mencecah angka 50, ramai yang sudah berkaca mata kerana rabun jauh atau dekat atau kedua-duanya sekali. Ada juga yang sudah memakai cermin mata sejak muda. Mata yang banyak terdedah kepada komputer biasanya lebih cepat rabun. Justeru, dalam sibuk menyiapkan kerja, beri juga tumpuan pada mata. Beri mata peluang untuk rehat dan jangan lakukan perkara yang boleh mempercepatkan penglihatan berkurangan. Jika anda tidak pernah mengambil berat mengenai penjagaan mata, mengapa tidak mulai hari ini anda lakukan beberapa langkah untuk merehatkan mata. Mulakan dengan memandang ke atas untuk beberapa saat sebelum menjauhkan penglihatan daripada komputer anda. Berikan sedikit ruang untuk mata bereha

Cara Bantutkan Peningkatan Kalori Dalam Badan

Letih memikirkan cara menjadikan diet anda benar2 berkesan? Persoalan bolehkah anda mengurangkan berat badan tanpa berbelanja lebih terhadap makanan tertentu, menyertai aerobic atau sanggupkah anda melaburkan wang yg banyak semata-mata untuk mengikur program diet? Ya! Hanya dengan mengubah cara hidup anda, anda boleh mendapat tubuh idaman dgn cara yg selamat dan menjimatkan! Duane Irons dalam bukunya Bargain Beauty Secrets ada 15 cara penyelesaian yg boleh anda praktikkan. 1) Segera setkan fikiran untuk mencapai segelas air masak suam setiap kali anda teringat atau teringin untuk mmengudap snek. 2) Kosongkan almari makanan. Selain menjimatkan wang, anda juga membantu mengurangkan cubaan-cubaan untuk menyelongkar almari mencari makanan. 3) Buat sesuatu yg memberi inspirasi dan menaikkan semangat untuk menurunkan berat badan. Contohnya tampal gambar anda yg sedang memakai baju idaman seperti baju kebaya di kala usia anda 17 tahun. 4) Kerap gunakan rempah seperti halia, lada sula

Langkah keselamatan elak kemalangan di rumah

IBU BAPA bukan saja perlu memastikan anak mereka tidak sakit, malah mengelakkan agar tidak cedera sama ada ketika bermain di dalam rumah atau di luar rumah. Seorang bayi yang baru pandai merangkak, misalnya suka menarik kain alas meja. Bayangkan jika ada secawan kopi panas sehingga menyebabkan sebahagian tubuhnya melecur. Dalam kejadian lain, seorang kanak-kanak perempuan cuba menghiburkan hatinya dengan memasukkan sebatang jarum ke suis elektrik, manakala seorang wanita terjatuh di dalam bilik air menyebabkan tulang pahanya patah. Kemalangan di rumah boleh membunuh dan mencederakan mangsa. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu serta mahu mencuba sesuatu yang baru. Namun, dengan sedikit pengetahuan dan langkah pencegahan, kemalangan itu dapat dielakkan. Dalam hal ini, ibu bapa dan pembantu rumah disyorkan mengetahui mengenai langkah keselamatan dan cara menyelamatkan nyawa ketika kecemasan. Pernah berlaku ibu bapa panik ketika anak mereka ditimp

Cuaca Panas - Strok haba ancam nyawa

Strok haba, salah satu jenis penyakit berkaitan cuaca panas paling teruk, melibatkan gangguan neurologi yang spektrumnya boleh bermula dari perubahan perangai seperti marah, keliru sehingga menjadi koma! Beliau berkata, seseorang itu boleh mendapat penyakit berkaitan cuaca dan haba. Hipertermia adalah suatu keadaan di mana suhu badan meningkat melebihi paras normal suhu badan manusia sekitar 37o Celsius yang bukan disebabkan oleh perubahan paras suhu yang telah ditetapkanpada pusat termoregulasi otak, hipotalamus. Perubahan suhu badan harian yang normal berlaku dalam lingkungan perpuluhan lima hingga 1o Celsius sahaja. Dr. Loong berkata, peningkatan cuaca dan suhu yang berlaku dengan ketara dan mendadak boleh mengganggu fungsi-fungsi sistem badan yang disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang keterlaluan. ``Apabila terdedah kepada kepanasan yang keterlaluan, badan akan menyerap haba dan bukan lagi mengeluarkan haba. ``Ini ditambah dengan haba yang dijana oleh badan, maka bada

Kebersihan Kaki Menentukan Tahap Kebersihan Anda

KAKI sering terabai dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan walaupun ia sebenarnya berupaya menjadi penunjuk terbaik kesihatan dan perilaku seseorang. Seorang podiatrist boleh mengetahui kesihatan anda keseluruhannya dengan hanya meneliti tapak kaki dan jari kaki. Tidak seperti chiropodist yang hanya memfokuskan mengenai permukaan kulit, podiatrist melihat kepada fungsi kaki dan kaitannya dengan tubuh. Mike O’Neill, pakar bedah kaki di The Princess Margaret Hospital di Windsor berkata, podiatrist menjelaskan tanda-tanda awal yang ditunjukkan kaki dan jari kaki antaranya: Keguguran bulu-bulu di jari kaki – dikaitkan masalah aliran darah: Urat kebiruan pada kaki (bagi mereka yang berkulit putih) – tanda biasa yang akan muncul pada seseorang yang kuat merokok. Ia mungkin tanda awal penyakit jantung atau masalah di pembuluh darah. Kemunculan kutil atau gelembung – ia mungkin tanda awal diabetes atau kasut yang dipakai terlalu ketat. Kaki bengkak, masalah biasa bagi mereka yang m

Pastikan Gosok gigi dua kali sehari

GIGI berfungsi untuk menggigit dan menghadamkan makanan. Untuk itu, penjagaan gigi perlu dilakukan setiap hari agar tidak cepat rosak dan berbau. Ibu bapa juga perlu memastikan gigi anak mereka sentiasa baik dan bersih. Salah satu cara ialah menggalakkan anak menggosok gigi dua kali sehari. Dalam hal ini, mengajar anak menggosok gigi adalah tanggungjawab yang sering dilengah-lengahkan ibu bapa kerana amalan itu sangat penting dan berkait rapat dengan sikap dan tabiat. Anda seharusnya mengajar anak menggosok gigi seawal mungkin malah ada persatuan doktor gigi yang menyarankan gigi atau mulut bayi dibersihkan beberapa hari selepas lahir. Caranya mudah – setiap kali selepas makan, gunakan kain basah dan kesat pada gusinya. Cara ini membantu menghilangkan plak yang melekat pada gusi dan membiasakan anak-anak supaya sentiasa menjaga kebersihan gigi. Biasanya gigi bayi akan mula tumbuh pada usia enam bulan. Di kalangan kita istilah gatal gusi digunakan merujuk pada tabiat suka meng

Selesema..Jangkitan dan Pencegahan

DALAM keadaan cuaca berselang hujan dan panas ini, ramai terkena selesema. Selesema adalah jangkitan virus pada salur pernafasan. Selsema adalah penyakit biasa, tidak membahayakan tetapi menyebabkan seseorang berasa tidak selesa. Lazimnya, seseorang itu akan mendapat selesema tiga atau empat kali setahun. Manakala kanak-kanak, terutama yang belum bersekolah, pula lebih kerap mendapat selesema. Sebenarnya, ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema. Berita baiknya, simptom selesema akan sembuh dalam tempoh seminggu. Jika selesema anda berpanjangan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor bagi memastikan ia bukan jangkitan bakteria pada paru-paru, anak tekak, trakea (tenggorok), sinus atau telinga. Simptom awal bermula beberapa hari sebelum anda dapat selesema. Tanda paling jelas adalah hidung berair, sakit dan gatal tekak, hidung tersumbat, sakit badan dan kadangkala pening kepala. Tanda lain termasuk hidung berhingus, bersin, mata berair, batuk, badan panas dan demam,

RESDUNG - Punca Dan Cara Mengatasinya

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka. Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini. ``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. ``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan. Menu

Panduan Penjagaan Kesihatan: Persediaan sebelum lakukan senaman

BERSENAM amat penting bagi mengekalkan kecergasan dan menjamin keadaan kesihatan yang terkawal. Bersenam meningkatkan stamina seseorang, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan rasa cemas dan amat baik untuk kesihatan keseluruhannya. Apapun, sebelum memulakan program bersenam adalah amat penting bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah untuk mendapatkan kepastian doktor masing-masing terlebih dulu. Senaman fizikal meningkatkan tekanan darah tetapi tidak banyak menurun tekanan keseluruhan. Mereka yang bersenam akan mencatatkan naik turun dalam paras tekanan darah. Ini amat berbahaya kerana boleh membebankan tugas yang berlebihan terhadap jantung. Sekiranya anda disahkan oleh doktor mempunyai masalah darah tinggi dan doktor membenarkan anda bersenam, ikuti beberapa panduan seperti berikut. - Pastikan anda memulakan setiap sesi bersenam dengan gerakan memanaskan otot termasuk jantung. Permulaan mendadak melakukan senaman akan membebankan sistem kardiovaskular dan pernafas

Tips Agar Selalu Nampak Awet Muda

Banyak cara yang dapat membuat kulit anda tampak lebih muda. Faktor genetik tentu sahaja sangat berpengaruh. Namun sebenarnya ada sejumlah faktor yang biasa membantu orang menjadi awet muda. 1) Jauhkan Kebiasaan Buruk Anda - Jangan merokok atau berhentilah merokok kerana merokok hanya membuat kulit anda menjadi tidak segar selain memancing sakit jantung dan paru-paru. - Hindari alkohol kerana jumlah yang berlebihan akan merosakkan sel-sel, gen dan mendorong terjadinnya radang hati serta mencepatkan kerapuhan tulang. - Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup sebab pada ketika tidur itulah tubuh akan berkerja memperbaiki sel-sel selain merehatkan jantung. Dengan tidur yang cukup, anda akan dapat hidup lebih cergas sepanjang hari. Jika anda mengalami kesulitan tidur malam, apakata cuba minum segelas susu terlebih dahulu sebelum masuk tidur. - Hindarkan makan terlalu banyak sebelum tidur jika anda ingin mudah terlelap hingga pagi hari. - Hindari minuman ringan secara berle

10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. 2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. 3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan??? 4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua

Punca Pening Kepala

KEBANYAKAN ibu bapa runsing apabila anak kecil mereka mengadu pening atau sakit kepala. Masalah pening dan sakit kepala bukan masalah biasa bagi kanak-kanak, walaupun ia perkara lazim di kalangan remaja dan dewasa. Mengikut statistik, lebih kurang 20 peratus kanak-kanak mula mengadu pening kepala ketika berusia tujuh tahun dan 70 peratus mengadu perkara sama apabila menjangkau usia 14 tahun. Masalah ini mungkin merunsingkan ibu bapa apabila berlaku pada anak yang terlalu muda. Malah, pengamal perubatan menganggap penentuan sama ada anak benar-benar pening kepala sebagai perkara rumit. Selain sejarah lengkap mengenai masalah pening kepala yang dialami kanak-kanak berkenaan, pemeriksaan rapi dan beberapa ujian mungkin perlu dilakukan untuk memastikan masalah sebenar. Sebagaimana orang dewasa, empat jenis punca pening kepala boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja, iaitu intrakranium, ekstrakranium, organik dan psikogenik. Intrakranium boleh disebabkan jangkitan seperti encephalitis

Punca Sakit Kepala

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak. 1) Punca Dari Pakaian Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan 2) Punca Dari Cahaya Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang 3) Punca Dari Mata Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala 4) Punca Dari Penyakit Penyakit-penyakit sepe

Cara Kawal Tekanan

BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita dibelenggu tekanan, sama ada disebabkan kerja, kewangan, masalah keluarga, kesesakan lalu lintas, berselisih faham dengan orang tersayang mahupun kerenah anak-anak. Sebenarnya, setiap makhluk di dunia memerlukan tekanan. Ia membantu meningkatkan daya saing untuk terus hidup. Namun, tekanan berpanjangan tidak lagi membuatkan kita kuat, sebaliknya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Secara semula jadi, badan bertindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic (ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon. Rembesan ACTH yang bany ak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon tekanan ke dalam sistem darah. Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin, akan membantu daya tumpuan, m empercepatkan

Tip Berhenti Merokok

BAGAIMANA hendak berhenti merokok? Inilah persoalan yang terpaksa dihadapi dan difikirkan perokok tegar yang sudah ketagih dengan nikotin apabila memasang niat hendak berhenti merokok. Berdasarkan siri kajian ‘National Health and Morbidity Survey I & II’ yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 1986 dan 1996, jumlah perokok di negara ini meningkat setiap hari. Setakat ini, lebih 50 peratus daripada semua penduduk lelaki dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini adalah perokok. Ia semakin bertambah walaupun harga rokok kini sudah meningkat ke RM6.50 dan apa yang pasti, lelaki begitu sinonim dengan rokok. Memang sukar bagi perokok tegar untuk berhenti merokok. Selain ketagih, mereka juga terpaksa berhadapan dengan pengaruh rakan yang merokok dan sering mempersendakan hasrat mereka. Hasilnya, mereka tidak mampu bertahan lama dan kembali menghisap dan membeli rokok. Mengapa perlu berhenti merokok? Pada mulanya adalah kerana kesihatan berikutan ia dapat mengurangkan risiko d

Panduan Kesihatan Ketika Melancong

TAHUKAH anda bahawa kita sebenarnya dikelilingi oleh pelbagai virus dan berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit? Lazimnya penyakit-penyakit berjangkit ini tersebar melalui udara dan selalunya ia dibawa oleh pelancong-pelancong yang gemar mengembara dari satu negara ke negara lain. para pelancong perlu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai penyakit yang berkaitan dengan pengembaraan. Bagi pelancong-pelancong yang gemar mengembara, mereka perlu sedar akan potensi bahaya di negara-negara yang mereka lawati dan belajar untuk meminimakan risiko mendapat penyakit-penyakit itu. Hasil kajian baru-baru ini yang membabitkan lebih 34,000 pelancong antarabangsa yang telah mendapatkan perkhidmatan perubatan untuk penyakit yang berkaitan dengan pengembaraan, mendapati hanya 50 peratus orang dewasa dan 49 peratus kanak-kanak yang telah mendapatkan penjagaan perubatan sebelum melancong. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk mendapatkan nasihat d