Jangan sesekali kesat kotoran yang mengnai pakaian dengan tuala atau kain berwarna gelap. Jangan bilas kotoran dengan sabun buku. Jika kotoran masih segar, lapkan menggunakan tisu dapur atau kain putih yang mudah serap. Pakaian cucian kering (dry clean) mesti dihantar ke dobi dalam masa dua hari Kotoran pepejal seperti lumpur perlu dibiarkan kering dahulu kemudian dikikis menggunakan pisau tumpul sebelum dicuci Jangan menggunakan air panas jika tidak diketahui jenis kotoran. Ini kerana bahan berprotein akan menyebabkan kotoran kekal seperti darah, telur, susu atau bubur. Cubaan cucian perlu dilakukan di kawasan yang tidak kelihatan seperti bahagian dalam pakaian Jangan kesat kotoran dengan kain licin kerana ini akan menyebabkan kotoran merebak lebih luas Jangan gunakan pengering jika kotoran tidak tanggal selepas dicuci. Biarkan ia kering dibawah matahari secara normal sebelum dicuci semula. Jangan gosok pakaian yang masih mempunyai kesan kotoran kerana kotoran akan kekal. Ra