Skip to main content

Posts

Showing posts from November 6, 2011

Sukan SEA 2011 Dirasmi Penuh Gilang-Gemilang

UPACARA pembukaan rasmi Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi diserikan dengan tembakan bunga api. UPACARA pembukaan Sukan SEA 2011 berlangsung penuh warna-warni dengan tradisi Palembang dan di- rasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Kompleks Sukan Jakabaring, Sumatera Selatan malam tadi. Acara gilang-gemilang itu yang bertemakan Harmony in Victory berlangsung selama tiga jam dengan persembahan kesenian selama sejam membuka tirai di tengah lapangan Stadium Utama Gelora Sriwijaya yang dipenuhi 25,000 penonton. Persembahan yang penuh dengan tradisi Palembang itu dibahagikan kepada lima babak iaitu The Journey Begins , Musi: The Heart of the City dan Sriwijaya: The Golden Peninsula , yang menceritakan sejarah Kerajaan Sriwijaya serta Merajut Nusantara , dan Meraih Impian . Penyanyi kecil molek Indonesia, Agnes Monica kemudiannya tampil bergandingan dengan artis Malaysia, Jaclyn Victor dan KC Conception dari Fi