Skip to main content

Posts

Showing posts from August 11, 2013

Kalkulator Pengiraan Zakat Fidyah

Kadar fidyah bagi tahun 1429H ialah RM 1.80 sehari. Pengiraan Fidyah (beras) 1 gantang baqdad = 2.7kg 1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM 1.80 bagi sehari yang ditinggalkan. Kaedah Pengiraan Kalkulator ini akan mengira fidyah berdasarkan tahun puasa yang ditinggalkan. Jika tahun berlainan, tekan butang Reset untuk pengiraan tahun tersebut. Anda boleh mencetak maklumat untuk setiap tahun dengan klik butang Cetak. Bahagian A adalah untuk maklumat puasa yang telah digantikan sahaja. Bahagian B adalah untuk maklumat puasa yang belum digantikan sahaja. Bahagian C adalah untuk maklumat fidyah yang sepatutnya dibayar. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi PPZ di 03-92895757. Masukkan Tahun tinggal puasa. Masukkan Bilangan hari yang ditinggalkan. Kadar fidyah ‘default’ ialah RM 1.80 Masukkan kadar fidyah anda jika selain RM1.80 Kalkulator Pengiraan Zakat Fidyah : Klik sini

Ganti Puasa Lama

Soalan Bagaimana caranya jika saya ingin menggantikan puasa saya 7 tahun yang lepas .  Saya pernah menggantikan puasa tetapi tidak penuh dan kini saya sudah lupa berapakah jumlah gantian puasa yang saya lakukan .  Apa yang saya pasti , tidak   pernah lebih dari 8 hari .  Bagaimana saya ingin menggantikan puasa itu dan berapakah fidyah yang perlu saya bayar ?  Bolehkah jika saya ingin membayar fidyah itu dengan duit dan bukan beras .  Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya agak keliru .  Saya bercadang ingin menggantikan semula semua puasa – puasa saya . Jawapan Fidyah yang perlu dibayar ialah sebanyak 224 cupak .  (1 cupak = 600gm ) Fidyah   hendaklah diberikan   kepada  fakir miskin  ( seorang   atau   beberapa orang ) Fidyah beras boleh diganti   dengan nilaian   wang bergantung kepada   harga beras yang dimakan seharian   oleh individu   tersebut . Jumlah gantian

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya. " kau , dah hari ker berapa dah?" "aku dah 5 hari dah ni" "esok aku raya (sunat syawal)" Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini. Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'. Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. Ziarah & Pu