Skip to main content

Posts

Showing posts from August 18, 2013

24 mayat tragedi bas Genting Highlands selesai dibedah siasat

22/08/2013 10:39am Seramai 24 daripada 37 mayat penumpang tragedi bas terhumban ke gaung di Genting Highlands selesai dibedah siasat sehingga pukul 8.30 pagi ini. Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur, sepuluh daripada jumlah mayat yang telah dibedah siasat itu identitinya telah dikenal pasti. Manakala, enam daripadanya telah dituntut malam tadi. Sehubungan itu jurucakap hospital memberitahu satu sidang media akan diadakan di Hospital Kuala Lumpur pagi ini untuk perkembangan lanjut. - KOSMO! Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2cg32ifIq Hakcipta terpelihara

Tragedi Bas Bawa 53 Penumpang Masuk Gaung Di Genting Highlands ~ 37 Maut 16 Cedera

Amat menyedihkan... Nahas bas yg amat tragis di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 37 penumpang selepas bas terjunam ke dalam gaung sewaktu menuruni bukit.   Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.  Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang. Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat. Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di Kilometer 3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. - 21 Ogos, 2013. Takziah diucapkan kpd keluarga mangsa yg terkorban. Al-Fatihah ..

Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah. Anak Tak Sah Taraf ialah:- (i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol; (ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan (iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengik

Berdebar Atau Darah Gemuruh

Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil di khalayak atau menghadiri temuduga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, bertanyakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya? Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla ablongata. Fenomena Debaran dan “Kuasa Tarikan” Debaran berlaku apabila seseorang itu tampil dengan hanya membawa fizikal dan mental sahaja. Tanpa membawa sekali spitirual dan emosi, seseorang akan menjadi berdebar, tidak menguasai keadaan malah dikuasai oleh khalayak. Kuasa Tarikan (juga dikenali sebagai “The Low of Attraction”) bagi orang yang berdebar ialah mereka tidak ada kesediaan sebaliknya mereka “disediakan”. Maksudnya mereka tampil bukan kerana itu kehendak mereka tetapi mereka diaturkan sedemikian oleh komuditi, organisasi, individu atau khalayak. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu ada keyakinan dan persediaan yang secukupnya. Penyerahan kepada

13 Cara Mengatasi Gemuruh

Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut 1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah 2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing 3. Kenaikan kadar denyutan jantung 4. Kenaikan tekanan darah 5. Kekeringan pada bibir dan mulut 6. Pelebaran pupil 7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat. 8. Serangan sejuk dan panas 9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan 10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara 1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang diba