Skip to main content

Posts

Showing posts from September 8, 2013

Cara Hilangkan Kelemumur

Kelemumur sememangnya sentiasa menjadi masalah utama bagi golongan wanita selain masalah rambut gugur. Masalah rambut berkelemumur ini harus dijaga dan diberi perhatian supaya ia tidak bertambah buruk. Pelbagai cara digunakan bagi mengelakan masalah ini, ada yang menggunakan petua tradisional dan ada yang membuat rawatan rambut di salun dan juga yang gunakan syampu. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda. Daun inai dan serbuk teh Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang. Air limau Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. T

7 Jenis Makanan Terbaik Untuk Wanita

Pemakanan kaum wanita haruslah lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut. Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya. Protein soya Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari. Bijirin penuh Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli. Makanan tinggi folat Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan j