Skip to main content

Posts

Showing posts from December 1, 2013

Cara Remove Virus Shortcut Dari Pendrive

1) Cucuk pendrive. Kenal pasti location pendrive di mana. Contoh : di E ke, F ke atau sebagainya. 2) Sebelum itu, SCAN dahulu pendrive tersebut. Biar hilang semua virus-virus tersebut. 3) Jika sudah siap scan, sila klik kat My Computer , klik Tools , kemudian, Folder Options , and then View . Jika ada nampak show hidden files , sila klik. Kemudian unclick hide extension dengan hide protected . Biar kita nampak semua isi dalam window (Jika ada) 4) Buka location pendrive tadi. Biarkan dia terbuka. Kita akan nampak folder yang shortcut tadi actually sudah di hiddenkan oleh virus tadi. 5) Klik kat Start , Run , dan taip cmd . Selepas itu muncul skrin yg berwarna  hitam. 6) Taip command dibawah: attrib -h -r -s /s /d d :\*.* (yang d itu ialah lokasi pendrive anda. Jika pendrive anda location dia F, anda tulis la F. Kemudian, tekan button Enter . 7) Skrin hitam tadi akan ambik masa nak loading. So, anda kena bersabar. Tunggu sampai second command muncul. Bila sec

Tips Penjagaan Mata

Bukan mudah untuk mengekalkan kesihatan mata. Seharusnya kita memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penjagaan mata bagi mengekalkan deria penting itu berfungsi hingga ke usia tua. Ramai yang memakai kaca mata atau kanta lekap untuk memperbetulkan tahap penglihatan. Namun untuk mendapatkan ketajaman mata sebenar pada objek dilihat, mengekalkan kesegaran dan tampak menawan, mata memerlukan penjagaan kesihatan yang baik. Justeru,beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi memastikan kesihatan mata terjamin terutama daripada kesan alam sekitar. 1. Memakai pelindung sinaran ultraungu (UV) Cara mudah, namun efektif untuk menjaga keselamatan mata adalah dengan melindunginya daripada kesan sinaran UV dengan cermin mata hitam. Cermin mata hitam membantu mengurangkan risiko mendapat katarak selain boleh mengelakkan debu yang menyebabkan jangkitan pada mata. Tidak kira ketika beriadah, bekerja atau berenang, pemakaian pelindung mata itu penting bagi mengelakkan deria berkena