Skip to main content

Tips Memilih Pakej Umrah

    Disini saya kongsikan beberapa tips memilih pakej umrah. Pada tahun 2012 yang lalu, saya telah pergi menunaikan umrah bersama keluarga. Saya telah memilih pakej Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kerana ia merupakan salah sebuah agensi yang telah dilantik untuk menguruskan pakej umrah dengan berkesan tanpa syak wasangka. Anda boleh ikuti perjalanan saya di  Penyucian Jiwa Di tanah Suci  .Anda juga boleh memilih beberapa agensi yang lain seperti yang saya nyatakan di akhir tips memilih pakej umrah ini. Tip-tips adalah seperti berikut :
  1. Tengok harga pakej yang ditawarkan. Buat perbandingan harga dengan pakej servis yang ditawarkan. Kalau bawah RM5000 tu memang murah. Tapi bila murah ni, ada benda lain yang tak cover bila dah sampai di Arab Saudi nanti. Tanya betul-betul harga pakej tu termasuk apa dan tak termasuk apa. Jangan nanti harga pakej murah tapi di Makkah nanti makan sendiri-sendiri. Satu lagi, kebanyakan harga berbeza-beza mengikut musim dan jenis pakej. Jadi jangan bergaduh dengan agensi pulak. Pakej di bulan Ramadan memang mahal. Jika nampak iklan pakej umrah, pastikan iklan tersebut ada nombor rujukan kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia
  2. Kaji sikit latar belakang travel agency yang offer pakej umrah ni. Agensi pakej umrah mesti ada lesen dan permit untuk 'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk 'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja. Agensi umrah patut uruskan sendiri hal-hal berkaitan visa dan bukan menggunakan agen atau orang tengah untuk uruskan visa ni. Kalau nak tau agensi ni OK atau tidak dari segi pengurusan visa tu, cuba call pejabat mereka. Kalau agensi ni OK, sesiapa sahaja yang angkat telefon tu boleh jawab tentang semua hal. Tapi kalau yang angkat telefon tu tak boleh jawab pasal visa ni, dan suruh tunggu pulak untuk dia tanya bos dia, tu tanda bahaya tu. Carilah agensi lagi. Wassalam..

  3. Jangan teruja sangat dengan benda-benda 'free' yang pakej umrah bagi. Beg besar, beg kecil, beg sandang tu semua standard, semua pakej umrah bagi, malah sebenarnya bukan 'free' pun tapi dah memang masuk dalam harga yang kita bayar. Air zam-zam 10 liter tu pun semua pakej umrah bagi. Benda-benda free ni bukan penentu agensi tu bagus atau tidak.

  4. Berapa jumlah hari yang ditawarkan oleh pakej ni. Kalau yang standard tu ialah 10 hari at least pada harga sekitar RM6000. Tak semua pakej ni sama jumlah harinya. Harga pakej juga berbeza-beza bergantung kepada jumlah hari yang ditawarkan.

  5. Ketahui hotel mana yang dijanjikan. Tak semua hotel sama. Ada yang dekat, ada yang jauh. Ada yang terletak satu km dari masjid. Ada yang keluar je dari lobi hotel terus nampak masjid (seperti hotel di bangunan Safwan depan Masjidil Haram.) Hati-hati dengan janji yang diberikan. Kadang-kadang dijanjian hotel depan masjid tapi bila pergi sana mulalah keluar macam-macam masalah planet bumi ni dan hotel yang dijanjikan tu tak dapat sebab penuh dah sebagainya.

  6. Harga pakej tu untuk berapa orang sebilik dalam satu bilik hotel. Adakah untuk seorang, dua orang atau tiga orang. Sepatutnya, harga pakej untuk dua orang sebilik mahal sedikit dari harga pakej tiga orang sebilik. Kalau yang pegi dengan famili tu, tak kan sama harga pakej enam orang sebilik dengan pakej dua orang sebilik.

  7. Bagaimana bayaran kepada agensi tu dibuat. Sepatutnya bayaran adalah terus kepada akaun syarikat dan bukan kepada akaun persendirian, akaun pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Kalau bayaran beribu-ribu tu dibuat ke dalam akaun persendirian, tu tanda ada masalah tu. Bila telah membuat bayaran, pastikan dapat resit pembayaran. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan yang lain. Ada tak bayaran tambahan masa di Tanah Arab nanti? Kena tanya habis-habis bab ni.

  8. Syarikat penerbangan mana yang ditawarkan. MAS dan Saudi Airlines adalah yang established. Airlines ni terbang terus ke Jeddah tanpa transit. Kalau nasib baik time booking, ada yang terbang terus ke Madinah. Pakistan Airlines memang murah, tapi siaplah, dia akan transit sana sini, pegi Dubai dululah, singgah Karachi dululah. Kalau naik Saudi Airlines, flight attendance akan baca doa masa plane mula terbang. Kan best. Rasa tenteram jiwa.

  9. Servis mutawif pulak macam mana. Kalau boleh biar dapat mutawif Melayu. Dia akan ikut terbang dari KLIA dan balik pun sama juga..

  10. Berapa kali trip umrah (miqat-tawaf-saie) yang dibuat nanti. Andalusia Travels sediakan tiga kali umrah. Satu umrah wajib, dua lagi umrah sunat. Ni best. kalau rosak umrah pertama (tanpa kita sedari) ada dua lagi umrah untuk cover. Kalau umrah pertama tu sempurna, dua lagi umrah tadi jadi umrah sunat. Dari sembang-sembang sesama jemaah di Makkah, ada pakej umrah yang uruskan satu umrah sahaja. Ada kenalan jemaah umrah cerita, mutawif pakej dia hanya uruskan umrah wajib saja. Tapi bila nak buat umrah sunat, mutawif tu tolong carikan van, lepas tu kena bayar sendiri dan pergi sendiri ke Tanaim atau Jaqrana untuk miqat. Mutawif tadi balik rehat kat bilik dia. Jemaah umrah tadi pandai-pandai sendirilah buat kembara miqat. Nasib baik tak kena jual ke ladang unta. Tapi tu bukan mutawif Andalusia. Mutawif Andalusia ikut sama ke semua tempat, ikut sama naik van, ikut sama naik bas, cuma naik unta saja tak ikut sama.

  11. Check senarai aturcara. Tengok ke mana tempat-tempat lawatan yang disediakan. Adakah bila pergi lawatan nanti bayar lagi, atau bayaran dah termasuk dalam harga pakej. Adakah pengangkutan kena uruskan sendiri dan bayar sendiri atau macam mana. Biar gaduh di Malaysia dulu, jangan gaduh di Arab Saudi depan drebar bas. Aturcara lawatan yang standard ialah melawat ke Masjid Quba, Jabal Uhud, ladang kurma, ladang unta. Ziarah Wida' dan Tawaf Wida' sepatutnya ada dalam aturcara.

  12. Ada kursus umrah ke tak. Ini sebelum bertolak. Kursus ni lebih penting sebab tanpa ilmu yang cukup, silap-silap haribulan umrah jadi tak sah. Tak sempurna takpa lagi, tapi janganlah sampai tak sah. Kalau dah regular pergi umrah, oklah. Kalau yang baru first time pergi, memang kena ada bimbingan. Jangan lebih banyak dapat penerangan tentang lawatan sana sini tapi kursus umrah langsung tak ada.

Agensi yang berdaftar dan yang bermasalah

Agensi pelancongan (travel agency) yang menguruskan umrah ni memang banyak. Semuanya adalah entiti berasaskan perniagaan. Mana ada agensi umrah yang berasaskan kebajikan. Bila namanya bisnes, maka adalah yang nakal dan menipu. Berita jemaah umrah atau haji yang ditipu oleh agensi ni selalu sangat kita baca di akhbar. Jadi berhati-hatilah & semak dahulu agensi terbabit.

Agensi yang berdaftar dengan Kedutaan Arab Saudi

Berikut ialah agensi pengelola umrah yang berdaftar dengan Kedutaan Arab Saudi. Sumber: Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). http://www.jawhar.gov.my
  • Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Taman Maluri, Kuala Lumpur
  • YHA Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang
  • Best Star Travel Centre Sdn Bhd, Putrajaya
  • De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Wan Travel Sdn Bhd, Kucing, Sarawak
  • Rayhar Travel Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Elaf Shahidah Travel Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Falcon Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Plantium Gesture Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • UMH Travel & Services Sdn Bhd, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
  • Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd, Shah Alam
  • Cantumas Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • TH (Tabung Haji) Travel & Services Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Rakyat Travel Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • KAA Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Syarikat Pelancungan Yasskin Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan

Approved Umrah Travel Agents: Malaysia

Ni pula dari website Arab Saudi. Boleh check sendiri di sini.
  • Al-Nile Tour & Travel Sdn Bhd
  • Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
  • Ash-Har Travel & Tours Sdn Bhd
  • Batuta Travel & Tours Sdn Bhd
  • Beststar Travel Centre Sdn Bhd
  • Cantumas Travel & Tours Sdn Bhd
  • Citra Travel & Tours Sdn Bhd
  • De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd
  • Falcon Travel & Tours Sdn Bhd
  • FB Travels Sdn Bhd
  • Festive Travels Sdn Bhd
  • Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd
  • KAA Travel & Tours Sdn Bhd
  • KSB Travel & Tours Sdn Bhd
  • Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd
  • Rakyat Travel Sdn Bhd
  • Rayhar Travels Sdn Bhd
  • Sila Tour & Travel Sdn Bhd
  • Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
  • TH Travel & Services Sdn Bhd
  • Tiram Travel Sdn Bhd
  • Triway Omega Travel & Tours Sdn Bhd
  • Umrahaj TRavel & Services Sdn Bhd
  • Uni-Travel Sdn Bhd
  • Wan Travel Sdn Bhd
  • Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd
  • Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

Semoga anda akan mendapat sedikit sebanyak pengetahuan serta panduan dalam memilih pakej umrah & seterusnya menjadikan perjalanan anda untuk menunaikan umrah akan berjalan dengan lancar.. Insya-Allah..