Skip to main content

Posts

Showing posts from January 5, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014 - Jom Bercuti Di Malaysia

Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 menjanjikan pengalaman menakjubkan kepada setiap pelancong sama ada tempatan atau dari luar negara. Selain keindahan flora dan fauna, Malaysia turut menawarkan pelancongan budaya yang unik untuk dialami mereka. TMM 2014 akan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan negara di samping menjadi alat mengeratkan perhubungan persahabatan antara negara. “Malaysia merupakan sebuah destinasi pelancongan yang selamat. Kami juga telah mengambil langkah bagi memastikan keselamatan dan kawalan sentiasa terjamin bagi pelancong, termasuk pengawalan polis menerusi Strategi Lautan Biru di kawasan tumpuan pelancong. Ini memastikan setiap pelancong dapat menikmati setiap pengalaman di Malaysia dengan tenang dan aman,” kata Muhyiddin sempena merasmikan TMM 2014. TMM 2014 yang dilancarkan, diharap dapat membantu sektor pelancongan mencapai sasaran 36 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020.