(Gambar Google Image) Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, Alhamdulillah dengan izin ALLAH saya masih berkesempatan lagi untuk update blog ni tidak lain tidak bukan hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yang mana dianugerahkan olehNYA. Topik kali ini berkenaan dengan sejenis Virus yang sudah lama menular kepada pengguna Laptop @ Computer. Terkadang ianya hanya untuk menguji tahap kesabaran kita, saya terpanggil untuk menulis mengenai topik ini adalah kerana ramai di antara sahabat2 seperjuangan saya di IPTA mengalami masalah ini. Kebiasaannya kaum Muslimat, jadi dengan itu saya bersedia untuk berkongsi sedikit ilmu bagi menangani masalah ini. Dalam sedar tak sedar, double click je kat Icon Pendrive kita, tiba-tiba kelihatan semua folder-folder yang kita saved selama ni dah bertukar menjadi icon yang berupa Shortcut. Apa lagi, risau bukan main kepalang lah,,, mana taknye, dalam folder tu lah ada assignment, ada kertas kerja itu ini, dan