Skip to main content

Posts

Showing posts from September 14, 2014

Tip melancong: Murah tapi puas

Bercuti di destinasi pilihan sememang­nya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang. Bercuti tidak semesti­nya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan men ghilangkan tekanan. Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik. Cari maklumat Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelancongan. Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana and