Skip to main content

Pertandingan Badminton Beregu - C16 Badminton Club 2015



Pada hari Jumaat 29 Mei 2015 telah berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu anjuran C16 Badminton Club yang telah diadakan buat julung2 kalinya. Pertandingan ini telah dijalankan di JJB Badminton Court, Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur. Alhamdulillah pertandingan tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih buat semua yang menjayakan pertandingan tersebut.



Pertandingan ini telah disertai seramai 10 orang peserta yang kesemuanya terdiri dari ahli kelab yang aktif. Pada asalnya peserta yg dijangka menyertainya adalah seramai 16 orang tetapi beberapa peserta tidak dapat menyertainya pada saat-saat akhir oleh kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana tarikh pertandingan telahpun dipersetujui bersama sebelum ini, pertandingan tersebut tetap diteruskan juga. Saya sebagai penganjur tetap meneruskan pertandingan tersebut & alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..

 
C16 Badminton Club adalah salah sebuah kelab badminton yang aktif di Setapak, Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya, pertandingan ini dapat dianjurkan. Sokongan serta dorongan dari pemain-pemain tegar kelab telah menguatkan lagi untuk menganjurkan program seperti ini untuk memberi pendedahan kepada  peserta-peserta dalam pertandingan.


Pertandingan ini telah berlangsung dengan menggunakan format liga. Setiap peserta diundi untuk mendapat pasangan masing-masing. Senarai pasangan/team adalah seperti berikut:

1) Zakie & Nabil  (Team Merah)
2) Zul & Faizal  (Team Biru)
3) Man & Wan  (Team Oren)
4) Aizuddin & Fendi  (Team Hitam)
5) Shukri & Aidil  (Team Biru Kelab)

Setiap beregu telah bermain sebanyak 4 kali. Dalam 4 kali perlawanan tersebut, pemenang akan mendapat 3 mata. & beregu yang memperoleh mata kemenangan terbanyak telah menjadi pemenang.

Carta Perlawanan

Carta Mata


Senarai Pemenang-Pemenang

Juara : Man & Wan
Naib Juara : Shukri & Aidil
Ketiga : Zul & Faizal

Juara

Naib Juara

Ketiga


Hadiah Pertandingan

Juara : Wang Tunai RM100, Trofi & Pingat
Naib Juara : Wang Tunai RM50 & Pingat
Ketiga : Wang Tunai RM20 & Pingat

Cabutan Bertuah : 5 Hamper, 2 Beg Sandang Adidas & Sehelai Baju.


Trofi &Pingat Pertandingan


Cenderahati buat semua peserta (Key-Chain)


Detik-Detik Perlawanan

 







































Terima kasih buat semua yang menjayakan pertandingan ini. Syabas & tahniah buat pemenang-pemenang. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di pertandingan yang akan datang, insya-Allah..







PS : Majulah sukan badminton untuk semua..