Skip to main content

Posts

Showing posts from August 7, 2011

Tips dan Panduan Keselamatan Kanak-Kanak di Rumah

Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit. Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun. Kunci utama untuk memastikan keselamatan anak-anak kita adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku. Keselamatan anak-anak anda boleh diberi perhatian dari beberapa aspek. Pertama, pada aspek kanak-kanak itu sendiri, dari segi bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini. Pada ruangan kali ini kita akan menyentuh tips-tips panduan keselamatan pada kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang harus ada di setiap rumah. Aspek Kanak-Kanak Untuk aspek kanak-kanak, perkara yang harus kita awasi adalah dari segi pemakanan, alat permainan dan juga pergerakan mereka. Pemakanan Susu ibu boleh mengelakkan jangkitan penyakit. Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang harus anda ketahui. Ibu ya