Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua, Kepada penunggang-penunggang motosikal yang tiada cukai jalan & yang ingin memperbaharui cukai jalan motosikal yang melebihi 1 tahun, bolehlah mengambil rujukan serta pengajaran dalam kes saya setelah menggunakan motosikal tanpa cukai jalan & disabit kesalahan "Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh & Tiada Insuran" oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti kebiasaannya pada setiap hari Jumaat malam, saya akan ke court badminton di Setapak, Kuala Lumpur untuk bermain badminton bersama rakan-rakan & akan melalui Jalan Genting Klang tetapi pada waktu itu terdapat sekatan jalanraya yang telah dibuat oleh pihak JPJ. Saya tidak mengetahuinya pada asalnya. Setiba di sekatan jalanraya tersebut, saya telah ditahan & telah diberikan surat mahkamah. Selepas dari kejadian tersebut, saya terus ke JPJ untuk memohon rayuan tetapi tidak dibenarkan. Rayuan @ kompaun tidak dibenarkan sama sekali jika kes...