Di kala wabak Covid-19 semakin berleluasa, kehidupan masih perlu diteruskan walaupun tidak seperti biasa Kita disarankan untuk duduk di rumah sahaja dan membataskan pergerakan keluar rumah sekadar untuk membeli bekalan keperluan sahaja. Lagipun zaman sekarang kebanyakan benda boleh dilakukan secara online, semuanya di hujung jari saja. Dengan adanya internet, banyak benda boleh dilakukan dengan hanya menggunakan telefon pintar. Termasuklah menjalankan hak anak kita yaqni ibadah aqiqah. Definisi Aqiqah Buat pengetahuan anda, aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran. Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan: “Hai F...