Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pakej

Kali Pertama Nak Naik Kapal Terbang? Ini Tips Untuk Anda

    Untuk yang ingin melancong ke luar negara, kapal terbang pastinya akan dijadikan sebagai pengangkutan utama. Namun, bagi yang pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara ini, perasaan berdebar, risau, gementar dan lain-lain pastinya akan timbul. Mana tidaknya, proses nak naik kapal terbang ni tidak semudah naik pengangkutan darat seperti bas atau keretapi. Banyak peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.  Namun jangan risau! Jika anda pertama kali akan naiki kapal terbang, jom anda ikut sahaja tips yang akan dikongsikan ini. Barulah perjalanan anda rasa tenang, selamat dan lancar. Semak harga tiket dan rancang tarikh yang sesuai Sebelum ingin melancong ke luar negara khususnya, pastikan anda semak harga tiket beberapa bulan lebih awal dan pilih tarikh yang sesuai. Elakkan pergi melancong pada waktu ‘peak season’ kerana biasanya pada ketika ini harga tiket kapal terbang akan jauh lebih mahal berbanding waktu biasa. Anda boleh membeli dan...

5 Sebab Anda Kena Pergi Travel

  Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal selepas sekian lama bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentulah dengan pergi melancong. Baik travel di dalam mahupun luar negara, aktiviti melancong sememangnya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun perlu anda tahu selain untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal kita, aktiviti melancong juga memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat lain untuk seseorang tau! Boleh mempelajari budaya lain Sebenarnya, aktiviti melancong boleh membantu dan membuka minda anda untuk mempelajari budaya baru. Dengan melancong, anda pastinya akan didedahkan dengan pelbagai budaya yang mungkin agak asing bagi anda, lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara.  Cuba ambil kesempatan pada waktu ini untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan memahami adat mereka. Mana tahu, anda juga boleh kongsikan adat serta budaya yang di...

Tips Travel Solo Yang Berguna Untuk Anda

  Anda mempunyai impian untuk lakukan percutian atau pengembaraan secara solo di negara orang? Ya! Travel secara bersendirian sememangnya menyeronokkan, namun ia mungkin agak mencabar terutama jika ini kali pertama anda ingin mencubanya. Justeru itu, langkah awal yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca pelbagai tips travel solo agar segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Jom kami kongsikan 7 tips travel solo yang mungkin berguna untuk anda nanti!  Bayangkan percutian yang anda idamkan Letak gambaran bagaimana anda inginkan percutian anda itu berlangsung nanti. Nak chill-chill sahaja ke? Atau nak melawat banyak tempat bersejarah? Mungkin juga nak cuba camping di mana-mana kawasan menarik di tempat anda akan kunjungi itu nanti? Anda mungkin banyak masa terluang apabila travel secara solo. Namun, ia tidak bermakna anda perlu memampatkan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa ya. Biarlah percutian anda itu nanti tidak begitu melelahkan! Kum...

6 Tips Melancong Di Dalam Negara

    Ramai dalam kalangan kita mungkin masih gemar untuk melancong di dalam negara atas faktor kewangan, keselesaan, masa dan lain-lain. Melancong di dalam negara boleh jadi pengalaman yang indah (seindah melancong ke luar negara) jika perancangan dibuat dengan rapi dan tempat yang dipilih juga menarik untuk dikunjungi.  Sebenarnya, aktiviti melancong di dalam negara ini amat digalakkan kerana ia mampu menjana ekonomi negara. Jadi, bagi memastikan anda dapat percutian terbaik, apa kata anda baca tips yang akan kami kongsikan ini.  Semoga bermanfaat! Elak bercuti ketika musim cuti sekolah atau perayaan Pelbagai bangsa, pelbagai perayaan yang diraikan! Inilah untungnya menjadi rakyat Malaysia. Jadi, ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk pergi bercuti apabila tibanya musim perayaan kerana cuti biasanya lebih panjang berbanding biasa. Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi pilihan keluarga untuk pergi bercuti. B...

Tips Jimat Untuk Travel Luar Negara

  Ramai orang memasang niat untuk bercuti ke luar negara bagi merasai pengalaman berada di negara orang. Ada yang kerap pergi bercuti hampir setiap tahun, namun mungkin ada juga yang masih belum berpeluang untuk bercuti ke luar negara atas pelbagai faktor terutamanya kekurangan bajet.  Ya, percutian tanpa bajet yang mencukupi khususnya jika ingin ke luar negara boleh jadi kurang menyenangkan. Disebabkan itu, perancangan perlu dibuat dengan teliti agar segalanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Bagaimanapun, jika anda masih berhasrat untuk bercuti di luar negara disamping memiliki bajet yang terhad, anda mungkin perlu tahu dan gunakan tips jimat ketika travel ini.  Jangan travel ketika musim percutian Sebenarnya, ini mungkin tips yang ramai orang masih terlepas pandang. Sememangnya, kita lebih mudah untuk mendapat cuti panjang khususnya ketika musim percutian. Namun, jika anda terikat dengan bajet atau ingin lebih jimat, elakkan sahaja men...

Tips Travel: Jangan Letak 7 Benda Ini Di Dalam Bagasi Anda

  Setelah sekian lama merancang, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum percutian dimulakan. Perasaan seronok, teruja, semuanya ada! Kita pun mulalah mengemas bagasi untuk bawa segala barang yang diperlukan. Kalau boleh, semua baranglah dirasakan penting dan ingin dimuatkan di dalam bagasi itu. Namun, sila beri perhatian khususnya buat anda yang baru pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara, iaitu kapal terbang untuk bercuti ya. Pastikan beberapa benda/ perkara ini tidak diletakkan bersama di dalam bagasi anda itu. Wang tunai Jangan sesekali meletakkan wang tunai di dalam bagasi anda tidak kiralah jumlahnya kecil mahupun besar. Sila pastikan wang tunai sentiasa bersama dengan diri anda pada setiap masa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Ingat, ada risiko bagasi untuk hilang baik sebelum, semasa atau selepas menaiki pesawat. Anda mungkin tidak menjumpai semula bagasi anda di lapangan terbang, atau bagasi anda mungkin tertukar ...

Tips Travel: Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

Sebelum pergi melancong khususnya ke luar negara, banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, bukan? Mungkin pada mata kasar, kita sudah menyelesaikan semua perkara-perkara penting tersebut. Namun apabila hari untuk bercuti tiba, barulah kita perasan ada yang masih kurang. Jadi, dalam keterujaan anda untuk pergi bercuti, pastikan anda tidak terlepas melakukan perkara-perkara ini sebelum meninggalkan rumah ya! Buat research tempat yang anda ingin kunjungi Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang anda ingin kunjungi. Selain bagi memastikan percutian anda lancar, ia juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat. Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikut...

Pelayaran Barakah 5 (Bersama Dato' Ustaz Kazim Elias)

  Ikuti Pelayaran Barakah kali ke-5 bersama Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) pada 17 hingga 22 Julai 2025 yang dikelolakan oleh Tabung Haji Travel. Belayar dilautan luas terbentang, beratapkan langit dihiasi bintang bertebaran di cakrawala. Melihat keindahan alam di lautan. Apa yang menarik? * Solat berjemaah dan tazkirah di atas kapal. * Sesi Ceramah, Forum dan Soal Jawab. * Makan Malam istimewa dan banyak lagi! Jom belayar bersama Tabung Haji Travel! Hubungi: 019-2897624 wasap.my/6019-2897624 m.me/TabungHajiTravel https://thts.com.my/pelancongan #tabunghajitravel #pelayaranbarakah #duke #percutian #travel

Pertama Di Dunia - Pelayaran Islamik Ke Arab Saudi 🚢 🕋

  Pelayaran Bersejarah - Pertama Di Dunia !  Pelayaran Islamik telah melancarkan Pelayaran Dari Malaysia Ke Arab Saudi dengan menggunakan Aroya Cruise. Cruise ini adalah patuh syariah, TANPA Kasino, TANPA Alkohol & 100% HALAL. Jadi, kita tak perlu risau dengan Pelayaran Islamik. Ini kerana mereka telah menguruskan pelayaran dari Siri 1.0 pada Ogos 2014 & sehingga kini telah mencapai ke Siri yang ke-55. Tidak dinafikan lagi Pelayaran Islamik bukanlah baru dalam industri pelancongan tetapi juga mereka telah menjadi pelopor Pelayaran berkonsepkan Islamik di dunia. Kini Pelayaran Islamik membuka pengalaman baru kepada mereka-mereka yang ingin ke Tanah Suci Mekah dengan menaiki cruise sepertimana pelayaran pertama menggunakan kapal adalah pada tahun 1965 dari Port Swettenham, Penang. Ini menguatkan lagi Pelayaran Islamik untuk mengimbau & merasai kembali pelayaran untuk ke Mekah dengan menaiki kapal & kali ini menggunakan cruise yang dijamin halal sepenuhnya. Untuk ...

CARA SEMAK & PILIH TRAVEL AGENSI YANG BERDAFTAR (TRUSTED TRAVEL AGENCIES)

  Bagi anda yang ingin melancong ke dalam negara ataupun luar negara, semestinya anda akan menggunakan travel agen. Tetapi sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu tentang perkhidmatan travel agen yang anda gunakan. Di sini kami akan kongsikan cara semak travel agen dan juga senarai pakej yang tersedia, semoga membantu.   APA ITU TRAVEL AGENSI Travel Agen juga dikenali sebagai ejen pelancongan, ialah orang atau kumpulan orang yang mempunyai peranan dalam mengatur atau merancang perjalanan/percutian. Jadi peranan ejen pelancongan adalah untuk membantu merancang, memilih dan mengatur percutian yang memerlukan atau memerlukan perkhidmatan ini.   CARA SEMAK TRAVEL AGENSI Bagi menggelakkan anda tertipu dengan tawaran yang disediakan oleh agensi pelancongan palsu atau travel agen palsu ini, terdapat 7 garis panduan untuk anda membuat semakan iaitu: Pastikan Agen / Syarikat Mempunyai Lesen Sah Pastikan agen atau syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen denga...

Aqiqah Mahal Dan Susah? Sekarang Aqiqah Online, Hanya RM599

  Di kala wabak Covid-19 semakin berleluasa, kehidupan masih perlu diteruskan walaupun tidak seperti biasa Kita disarankan untuk duduk di rumah sahaja dan membataskan pergerakan keluar rumah sekadar untuk membeli bekalan keperluan sahaja. Lagipun zaman sekarang kebanyakan benda boleh dilakukan secara online, semuanya di hujung jari saja. Dengan adanya internet, banyak benda boleh dilakukan dengan hanya menggunakan telefon pintar. Termasuklah menjalankan hak anak kita yaqni ibadah aqiqah.   Definisi Aqiqah Buat pengetahuan anda, aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran. Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:   “Hai F...