Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kecantikan

Tips Penjagaan Mata

Bukan mudah untuk mengekalkan kesihatan mata. Seharusnya kita memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penjagaan mata bagi mengekalkan deria penting itu berfungsi hingga ke usia tua. Ramai yang memakai kaca mata atau kanta lekap untuk memperbetulkan tahap penglihatan. Namun untuk mendapatkan ketajaman mata sebenar pada objek dilihat, mengekalkan kesegaran dan tampak menawan, mata memerlukan penjagaan kesihatan yang baik. Justeru,beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi memastikan kesihatan mata terjamin terutama daripada kesan alam sekitar. 1. Memakai pelindung sinaran ultraungu (UV) Cara mudah, namun efektif untuk menjaga keselamatan mata adalah dengan melindunginya daripada kesan sinaran UV dengan cermin mata hitam. Cermin mata hitam membantu mengurangkan risiko mendapat katarak selain boleh mengelakkan debu yang menyebabkan jangkitan pada mata. Tidak kira ketika beriadah, bekerja atau berenang, pemakaian pelindung mata itu penting bagi mengelakkan deria berkena...

Cara Hilangkan Kelemumur

Kelemumur sememangnya sentiasa menjadi masalah utama bagi golongan wanita selain masalah rambut gugur. Masalah rambut berkelemumur ini harus dijaga dan diberi perhatian supaya ia tidak bertambah buruk. Pelbagai cara digunakan bagi mengelakan masalah ini, ada yang menggunakan petua tradisional dan ada yang membuat rawatan rambut di salun dan juga yang gunakan syampu. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk mengatasi masalah rambut berkelemumur anda. Daun inai dan serbuk teh Ambil segengam daun inai dan satu sudu serbuk teh dan gilis kedua-duanya sekali sehingga lumat. Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan biarkan ia kering selama satu jam dan kemudian bersihkan. Amalkan petua ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu sehingga kelemumur berkurang. Air limau Bagi anda yang mempunyai luka di kulit kepala, tips ini mungkin kurang sesuai kerana air perahan limau kalau terkena pada luka mungkin akan menyebabkan luka di kulit kepala berasa sangat pedih. T...

Tips Agar Selalu Nampak Awet Muda

Banyak cara yang dapat membuat kulit anda tampak lebih muda. Faktor genetik tentu sahaja sangat berpengaruh. Namun sebenarnya ada sejumlah faktor yang biasa membantu orang menjadi awet muda. 1) Jauhkan Kebiasaan Buruk Anda - Jangan merokok atau berhentilah merokok kerana merokok hanya membuat kulit anda menjadi tidak segar selain memancing sakit jantung dan paru-paru. - Hindari alkohol kerana jumlah yang berlebihan akan merosakkan sel-sel, gen dan mendorong terjadinnya radang hati serta mencepatkan kerapuhan tulang. - Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup sebab pada ketika tidur itulah tubuh akan berkerja memperbaiki sel-sel selain merehatkan jantung. Dengan tidur yang cukup, anda akan dapat hidup lebih cergas sepanjang hari. Jika anda mengalami kesulitan tidur malam, apakata cuba minum segelas susu terlebih dahulu sebelum masuk tidur. - Hindarkan makan terlalu banyak sebelum tidur jika anda ingin mudah terlelap hingga pagi hari. - Hindari minuman ringan secara berle...

10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. 2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. 3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan??? 4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua...