Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pekerjaan

Bosan Asyik Hadap Komputer Je?? Ada 10 Kerja Yang Boleh Melancong Sambil Bekerja. Cubalah!!

Asyik-asyik duduk dekat office je jemu juga. Dari pagi sampai petang buat benda sama, seharian, berbulan-bulan masih tak berubah. Kadang-kadang rasa macam nak juga ambil cuti lama pergi bercuti tapi bila tengokkan meja berterabur dengan kerja yang tak siap-siap rasa macam tak ada chance je. Pernah terfikir untuk berhenti kerja dan buat benda yang korang paling suka? Tak, korang tak payah sampai berhenti kerja ataupun sampai kosongkan poket jika nak buat kerja yang enjoy. Kalau korang ada semua skill yang diperlukan korang boleh cuba mohon 10 kerja yang menarik ni tanpa kosongkan poket korang: 1. Travel writer Nampak nama pun dah tahu melibatkan travel ke sini-sana. Best kan kalau dapat kerja macam ni? Korang bukan je buat kerja yang korang minat malah dapat pengalaman baru lagi ke tempat orang. Dah boleh la mula tanda dekat peta mana je korang dah pernah jejak kaki.  Yang paling best sekali pasal kerja ni, korang tak akan terasa macam tengah bekerja. Korang jalan-jalan...

Tip Temuduga

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman. Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang. SOALAN BIASA   Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :- “Please introduce yourself” atau “Sila perkenalkan diri anda”   Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga. Jawapan calon bagaimana? “Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini” “saya sekolah tadika di…, “ “Saya sudah berkahwin dah punyai ….anak”   Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan d...