Di kala wabak Covid-19 semakin berleluasa, kehidupan masih perlu diteruskan walaupun tidak seperti biasa
Kita disarankan untuk duduk di rumah sahaja dan membataskan pergerakan keluar rumah sekadar untuk membeli bekalan keperluan sahaja.
Lagipun zaman sekarang kebanyakan benda boleh dilakukan secara online, semuanya di hujung jari saja. Dengan adanya internet, banyak benda boleh dilakukan dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Termasuklah menjalankan hak anak kita yaqni ibadah aqiqah.
Definisi Aqiqah
Buat pengetahuan anda, aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:
“Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak
kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua
lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham
atau sebahagian dirham”.
Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor.
Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor”.
Memperkenalkan Aqiqah Centre
Aqiqah Centre adalah syarikat milik Bumiputera yang menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Mereka telah wujud di dalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban bermula sejak tahun 2014 lagi.
Apa yang menariknya adalah Aqiqah Centre telah berjaya menguruskan lebih daripada 25,000 sembelihan kambing untuk aqiqah dan qurban sehingga ke hari ini!
Penjenamaan aqiqahcentre bermula pada awal tahun 2019, dan ini adalah hasil rebranding dari jenama asal iaitu Halim House of Lamb.
3 Masalah Orang Melayu Islam Berkenaan Aqiqah
Didapati bahawa kebanyakan orang Melayu Islam kita di Malaysia berdepan dengan 3 masalah utama berkenaan dengan aqiqah ini.
1. Kekangan masa untuk mengurus majlis aqiqah
Baru saja dapat anak, anak pula kena tahan sebab kuning. Ibu pula mengalami komplikasi setelah melahirkan anak secara pembedahan dan berada dalam keadaan yang lemah.
Memang kita nak mereka cepat pulang ke rumah dan berpantang di rumah, namun terdapat pelbagai isu yang tak dapat dielakkan. Maka ibadah aqiqah pun tidak menjadi keutamaan.
2. Tak dapat sunnah aqiqah pada hari ketujuh
Ini adalah sunnah yang selalu ditekankan dalam aqiqah. Disebabkan banyak perkara yang berlaku, keutamaan diberikan kepada kesihatan anak dan ibu.
Maka ibadah sunnah ini tidak dapat dijalankan, bukan sengaja kita tidak mahu melakukannya.
3. Kos yang tinggi
Sebaik saja discaj daripada hospital, kita semestinya perlu menjelaskan bil-bil hospital yang berkaitan dengan anak yang baru dilahirkan tadi.
Kalau ada komplikasi dan terpaksa ditahan untuk berhari-hari atau berminggu-minggu, kosnya pasti tinggi.
Kos untuk mengerjakan aqiqah di Malaysia pula, seekor kambing berharga RM850. Kalau anak lelaki dah RM1,700 sebab dua ekor.
Itu belum termasuk lagi upah masak, menu tambahan, kerusi, meja, khemah dan sebagainya.
Bukan nak komplen, tetapi inilah realitinya.
Disebabkan kos yang tinggi ini, maka orang ramai terpaksa menangguhkan majlis aqiqah. Sehingga akhirnya tak buat dan terlupa nak buat sehingga anak dah besar panjang.
Solusi Oleh Aqiqah Centre
Percaya atau tidak, ia hanya mengambil masa 5 minit untuk mendaftar melalui laman web Aqiqah Centre.
Jangan terkejut kalau ramai artis-artis ternama seperti Shaheizy Sam, Achey (Maharaja Lawak), Ali Puteh, Dato’ Fazley Yaakob, Black, Abby Abadi dan Imran Ajmain gunakan servis kami untuk aqiqah anak-anak mereka.
Harganya tersangatlah berpatutan, iaitu hanya RM499. Selebihnya mereka akan uruskan.
Ibadah aqiqah tersebut boleh dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran dan mengikut sunnah, tiada masalah.
Tak perlu pening kepala untuk mengurus majlis, malah tak perlu kos yang tinggi untuk membuat majlis tersebut.
Tawaran Istimewa Aqiqah Centre
Tunggu, ada lagi tawaran menarik menanti anda. Dengan hanya satu harga RM499, anda akan dapat:
- Penyembelihan di tanah suci Mekah.
- Rakaman video sembelihan dengan menyebut nama anak (tiada unsur scam atau tiada bukti aqiqah tersebut tidak berlaku).
- Percuma sijil dengan ukiran kayu.
Layari laman web Aqiqah Centre untuk keterangan lanjut atau Facebook & Instagram Aqiqah Centre.
Daftar Aqiqah!! Klik je link kat bawah:
ATAU
Whatsapp: 017-2320372
https://www.wasap.my/60172320372/AqiqahMekah
Kredit : Majalah Labur
Comments
Post a Comment
Thank u for your comment..Have a nice day!!