Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kenderaan

Panduan Memperbaharui Cukai Jalan Motosikal Melebihi 1 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua, Kepada penunggang-penunggang motosikal yang tiada cukai jalan & yang ingin memperbaharui cukai jalan motosikal yang melebihi 1 tahun, bolehlah mengambil rujukan serta pengajaran dalam kes saya setelah menggunakan motosikal tanpa cukai jalan & disabit kesalahan "Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh & Tiada Insuran" oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti kebiasaannya pada setiap hari Jumaat malam, saya akan ke court badminton di Setapak, Kuala Lumpur untuk bermain badminton bersama rakan-rakan & akan melalui Jalan Genting Klang tetapi pada waktu itu terdapat sekatan jalanraya yang telah dibuat oleh pihak JPJ. Saya tidak mengetahuinya pada asalnya. Setiba di sekatan jalanraya tersebut, saya telah ditahan & telah diberikan surat mahkamah. Selepas dari kejadian tersebut, saya terus ke JPJ untuk memohon rayuan tetapi tidak dibenarkan. Rayuan @ kompaun tidak dibenarkan sama sekali jika kes...

Tips Hilangkan Mengantuk Ketika Memandu

Mengantuk ketika memandu sering dialami oleh mereka yang memandu secara berseorangan lebih-lebih lagi yang memandu ke tempat yang jauh dan jika anda terlelap walaupun seketika ia boleh mengundang kepada kemalangan bukan sahaja kepada pemandu bahkan kepada orang disekeliling anda. Saya pasti mesti ramai yang gemar memandu pada waktu malam kerana tidak banyak kereta di atas jalan dan sejuk jika nak dibandingkan pada waktu siang. Saya juga antara pemandu yang suka memandu pada waktu malam jika nak berjalan jauh atau pulang ke kampung lebih-lebih lagi ketika musim perayaan untuk mengelak tersangkut dari kesesakan jalan raya. Jadi bagaimana saya nak hilangkan mengantuk ketika memandu ni? Disini saya ada berikan 5 tips yang boleh anda gunakan untuk hilangkan mengantuk ketika mengantuk. Semoga ia membantu. #1 Makan Makanan Ringan Jika anda memandu untuk ke lokasi yang jauh sila pastikan anda membeli sedikit makanan ringan untuk dikunyah seperti gula-gula, gula getah,...

Pengalaman menaiki perkhidmatan bas PERCUMA dengan GO KL City Bus

Pengalaman menaiki bas kadangkala amat menyeronokkan & juga kadangkala akan jadi sebaliknya. Bagi sesiapa yang pernah menaiki bas mempunyai pengalaman yang berbeza-beza, bergantung pada individu itu sendiri, keadaan di dalam bas serta perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat bas tersebut. Bagi yang biasa menaiki bas di area pusat bandar Kuala Lumpur, ternyata banyak pilihan bas yang kita boleh naiki tetapi kebanyakannya kita perlu membayar tambang tetapi lain pula dengan perkhidmatan bas GO KL City Bus. Apa yang specialnya perkhidmatan bas ini adalah ia bukan sahaja PERCUMA tetapi banyak memberi kemudahan buat mereka yang ingin memasuki pusat bandar. Bukan sahaja orang awam di Malaysia, tetapi juga para pelancong yang inginkan kemudahan serta dapat menjimatkan kos dalam perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Pada 23 Nov 2014 yang lalu, saya berkesempatan menaiki perkhidmatan ini yang dipandu oleh kenalan rapat saya juga. Alhamdulillah, setelah saya merasai sendiri perkh...

Pusingan kedua Formula E berlangsung dengan jayanya di Putrajaya, Malaysia

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya Formula E diadakan di Malaysia pada 22 November 2014. Berlangsung di Presint 2, Putrajaya dengan dibanjiri peminat-peminat sukan permotoran terutama sekali peminat sukan F1. Tetapi keunikan Formula E ini adalah kereta yang bertanding adalah kereta yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Bayangkan, betapa majunya ciptaan manusia dalam dunia serba moden ini. Kereta seperti F1 boleh digerakkan dengan kuasa elektrik.. Masya-Allah.. Apa yang boleh dikreditkan tentang penganjuran Formula E ini adalah penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya berbanding dengan Formula 1 yang biasa kita lihat. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Diharapkan agar ianya akan mendapat sambutan yang lebih baik selepas ini.. Insya-Allah.. Tahniah buat penganjur terutama sekali kepada Malaysia yang sedikit sebanyak menaikkan lagi nama Malaysia dimata dunia. Starting Lap Clip Video Full Video from Sport 2 Live

Luahan Jurutera Proton

Artikel dibawah di petik dari laman web komuniti syok.org Dilema Proton Dipetik dari luahan engineer Proton… Assalamualaikum, Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON. “Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.” Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je....

Tips Membeli Kereta Baru

Pada kebiasaanya ramai orang akan memikirkan cara-cara terbaik untuk membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah dengan adanya skim bayaran muka RM "0" yang ditawarkan dipasaran. Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramailah antara kita cuma memikirkan hanya untuk membayar bulanan kereta tersebut tanpa menyedari banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung yang dimaksudkan adalah seperti, kos petrol, kos penyelenggaraan, kos memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta dijauhkan). Kereta berjenama Honda, Toyota, BMW, dan Mercedes menjadi idaman setiap individu. Oleh itu, ramai dikalangan kita sanggup melabur besar untuk membeli kereta jenama tersebut. Bagi "orang muda" membeli sebuah Honda City atau Toyota Vios menunjukkan status...

Tips Membeli Kereta Terpakai

Petua Membeli Kereta Terpakai Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap. PEMERIKSAAN LUARAN Sila periksa pemegang pintu Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat Pastikan sistem ekzos tidak berkarat Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik PEMERIKSAAN ENJIN Pastikan keadaan enjin mestilah bersih . Pastikan enjin tidak diubahsuai Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut. Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik PEMERIKSAAN DALAMAN Pastikan pintu dan bonet boleh dibuk...

Kebaikan Parking Mengundur, Keselamatan dan Kebaikan

Sekiranya kita meletak kenderaan di tempat letak kereta awam atau berbayar yang kedudukan lot letak kenderaan 90 darjah dengan laluan kenderaan adalah lebih baik dengan cara mengundur �Reverse Parking�. Ini bermakna bahagian hadapan kereta akan mengadap jalan. Berikut adalah kebaikan �Reverse Parking� dipetik dari Paultan paultan.org/ archives/ 2...is-better/ (kecuali perkara 2) : 1. Dengan kejadian jenayah yang semakin meningkat, adalah lebih mudah untuk keluar dari tempat letak kereta , sekiranya anda diancam keselamatan 2. Kenderaan yang diletak bahagian hadapan mengadap laluan kenderaan akan mudah dilihat oleh orang awam yang lalu lalang sekiranya pencuri kereta sedang mencuri kenderaan , memecahkan kunci stering �steering lock� , menghidupkan enjin kenderaan secara litar pintas �hot wire� dan apa-apa yang mencurigakan. 3. Meletak kenderaan secara mengundur akan menyebabkan bonet belakang kenderaan rapat ke dinding. Ini akan menyukarkan penjenayah untuk memb...