Skip to main content

Posts

16 Cara Menjadi Orang Sukses Dari Zero. Siapa Saja Boleh Mencubanya!

  Siapa yang tidak ingin menjadi orang sukses? Kebanyakan dari kita tentu akan menjawab ‘ya’. Tak heran, berbagai cara menjadi orang sukses rela dilakukan demi meraih kesuksesan yang selama ini ingin dicapai. Mulai dari membaca buku, mengikuti seminar, menonton video kisah-kisah inspiratif, dan lain sebagainya. Kesuksesan sendiri adalah hal yang kompleks dan dipengaruhi oleh berbagai faktor, seperti latar belakang keluarga, bakat, kesempatan, kerja keras, sampai dengan faktor keberuntungan. Meskipun demikian, ada sederet cara yang bisa Anda lakukan untuk menjadi orang sukses, salah satunya yakni dengan menerapkan 16 cara berikut ini. 16 Cara Menjadi Orang Sukses Berikut ini adalah 16 cara menjadi orang sukses yang dapat membantu Anda meraih kesuksesan dan menggali lebih dalam potensi yang ada dalam diri Anda. 1. Disiplin Cara menjadi orang sukses yang pertama adalah dengan bersikap disiplin untuk setiap hal yang Anda kerjakan. Salah satu contohnya yakni dengan...
Recent posts

Kali Pertama Nak Naik Kapal Terbang? Ini Tips Untuk Anda

    Untuk yang ingin melancong ke luar negara, kapal terbang pastinya akan dijadikan sebagai pengangkutan utama. Namun, bagi yang pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara ini, perasaan berdebar, risau, gementar dan lain-lain pastinya akan timbul. Mana tidaknya, proses nak naik kapal terbang ni tidak semudah naik pengangkutan darat seperti bas atau keretapi. Banyak peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.  Namun jangan risau! Jika anda pertama kali akan naiki kapal terbang, jom anda ikut sahaja tips yang akan dikongsikan ini. Barulah perjalanan anda rasa tenang, selamat dan lancar. Semak harga tiket dan rancang tarikh yang sesuai Sebelum ingin melancong ke luar negara khususnya, pastikan anda semak harga tiket beberapa bulan lebih awal dan pilih tarikh yang sesuai. Elakkan pergi melancong pada waktu ‘peak season’ kerana biasanya pada ketika ini harga tiket kapal terbang akan jauh lebih mahal berbanding waktu biasa. Anda boleh membeli dan...

5 Sebab Anda Kena Pergi Travel

  Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal selepas sekian lama bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentulah dengan pergi melancong. Baik travel di dalam mahupun luar negara, aktiviti melancong sememangnya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun perlu anda tahu selain untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal kita, aktiviti melancong juga memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat lain untuk seseorang tau! Boleh mempelajari budaya lain Sebenarnya, aktiviti melancong boleh membantu dan membuka minda anda untuk mempelajari budaya baru. Dengan melancong, anda pastinya akan didedahkan dengan pelbagai budaya yang mungkin agak asing bagi anda, lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara.  Cuba ambil kesempatan pada waktu ini untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan memahami adat mereka. Mana tahu, anda juga boleh kongsikan adat serta budaya yang di...

Tips Travel Solo Yang Berguna Untuk Anda

  Anda mempunyai impian untuk lakukan percutian atau pengembaraan secara solo di negara orang? Ya! Travel secara bersendirian sememangnya menyeronokkan, namun ia mungkin agak mencabar terutama jika ini kali pertama anda ingin mencubanya. Justeru itu, langkah awal yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca pelbagai tips travel solo agar segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Jom kami kongsikan 7 tips travel solo yang mungkin berguna untuk anda nanti!  Bayangkan percutian yang anda idamkan Letak gambaran bagaimana anda inginkan percutian anda itu berlangsung nanti. Nak chill-chill sahaja ke? Atau nak melawat banyak tempat bersejarah? Mungkin juga nak cuba camping di mana-mana kawasan menarik di tempat anda akan kunjungi itu nanti? Anda mungkin banyak masa terluang apabila travel secara solo. Namun, ia tidak bermakna anda perlu memampatkan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa ya. Biarlah percutian anda itu nanti tidak begitu melelahkan! Kum...

6 Tips Melancong Di Dalam Negara

    Ramai dalam kalangan kita mungkin masih gemar untuk melancong di dalam negara atas faktor kewangan, keselesaan, masa dan lain-lain. Melancong di dalam negara boleh jadi pengalaman yang indah (seindah melancong ke luar negara) jika perancangan dibuat dengan rapi dan tempat yang dipilih juga menarik untuk dikunjungi.  Sebenarnya, aktiviti melancong di dalam negara ini amat digalakkan kerana ia mampu menjana ekonomi negara. Jadi, bagi memastikan anda dapat percutian terbaik, apa kata anda baca tips yang akan kami kongsikan ini.  Semoga bermanfaat! Elak bercuti ketika musim cuti sekolah atau perayaan Pelbagai bangsa, pelbagai perayaan yang diraikan! Inilah untungnya menjadi rakyat Malaysia. Jadi, ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk pergi bercuti apabila tibanya musim perayaan kerana cuti biasanya lebih panjang berbanding biasa. Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi pilihan keluarga untuk pergi bercuti. B...

Tips Jimat Untuk Travel Luar Negara

  Ramai orang memasang niat untuk bercuti ke luar negara bagi merasai pengalaman berada di negara orang. Ada yang kerap pergi bercuti hampir setiap tahun, namun mungkin ada juga yang masih belum berpeluang untuk bercuti ke luar negara atas pelbagai faktor terutamanya kekurangan bajet.  Ya, percutian tanpa bajet yang mencukupi khususnya jika ingin ke luar negara boleh jadi kurang menyenangkan. Disebabkan itu, perancangan perlu dibuat dengan teliti agar segalanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Bagaimanapun, jika anda masih berhasrat untuk bercuti di luar negara disamping memiliki bajet yang terhad, anda mungkin perlu tahu dan gunakan tips jimat ketika travel ini.  Jangan travel ketika musim percutian Sebenarnya, ini mungkin tips yang ramai orang masih terlepas pandang. Sememangnya, kita lebih mudah untuk mendapat cuti panjang khususnya ketika musim percutian. Namun, jika anda terikat dengan bajet atau ingin lebih jimat, elakkan sahaja men...

Tips Travel: Jangan Letak 7 Benda Ini Di Dalam Bagasi Anda

  Setelah sekian lama merancang, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum percutian dimulakan. Perasaan seronok, teruja, semuanya ada! Kita pun mulalah mengemas bagasi untuk bawa segala barang yang diperlukan. Kalau boleh, semua baranglah dirasakan penting dan ingin dimuatkan di dalam bagasi itu. Namun, sila beri perhatian khususnya buat anda yang baru pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara, iaitu kapal terbang untuk bercuti ya. Pastikan beberapa benda/ perkara ini tidak diletakkan bersama di dalam bagasi anda itu. Wang tunai Jangan sesekali meletakkan wang tunai di dalam bagasi anda tidak kiralah jumlahnya kecil mahupun besar. Sila pastikan wang tunai sentiasa bersama dengan diri anda pada setiap masa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Ingat, ada risiko bagasi untuk hilang baik sebelum, semasa atau selepas menaiki pesawat. Anda mungkin tidak menjumpai semula bagasi anda di lapangan terbang, atau bagasi anda mungkin tertukar ...

Tips Travel: Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

Sebelum pergi melancong khususnya ke luar negara, banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, bukan? Mungkin pada mata kasar, kita sudah menyelesaikan semua perkara-perkara penting tersebut. Namun apabila hari untuk bercuti tiba, barulah kita perasan ada yang masih kurang. Jadi, dalam keterujaan anda untuk pergi bercuti, pastikan anda tidak terlepas melakukan perkara-perkara ini sebelum meninggalkan rumah ya! Buat research tempat yang anda ingin kunjungi Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang anda ingin kunjungi. Selain bagi memastikan percutian anda lancar, ia juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat. Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikut...

PJH 2025 : Senarai Pengelola Jemaah Haji 1446/2025

  Pengelola Jemaah Haji atau lebih mudah disebut sebagai PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh pihak Tabung Haji bagi memastikan kelancaran dan keselesaan para jemaah haji dari Malaysia. Pengelola Jemaah Haji ini berfungsi sebagai pengantara yang menguruskan segala keperluan jemaah haji, dari persiapan sebelum berangkat sehinggalah kembali ke tanah air. Bagi tahun 2025, sebanyak 37 syarikat telah berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji ini.  Bagi anda yang telah mendapat tawaran haji atau ingin melakukan ibadah ini sekali lagi, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel untuk ketahui lebih lagi, tentang perkhidmatan ini. Apa itu PJH Haji? Pengelola Jemaah Haji atau PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh Tabung Haji (TH) pada tahun 1420H/2000M bagi memastikan kelancaran urusan jemaah.  Mereka merupakan pihak yang diberi lesen untuk beroperasi memberikan Perkhidmatan Pakej Haji yang m...

BANTUAN MYSALAM 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE

BANTUAN MYSALAM 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MEMOHON & TUNTUTAN ONLINE Terkini! Skim perlindungan kesihatan percuma bagi penerima bantuan khas Kerajaan diteruskan pada tahun 2025 untuk memastikan golongan yang memerlukan mendapat perlindungan kesihatan untuk rawatan penyakit kritikal dan hospitalisasi tanpa sebarang bayaran.   SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSALAM 2025 Syarat dan Kategori Kelayakan Penerima My Salam mestilah terdiri daripada: Penerima Bantuan Khas Kerajaan: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kategori dan Kriteria Umur: Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan. Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun. OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun. Penerima Bantuan Tunai Rakyat diatas yang menepati Kriteria Umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automa...