Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Umrah

Kali Pertama Nak Naik Kapal Terbang? Ini Tips Untuk Anda

    Untuk yang ingin melancong ke luar negara, kapal terbang pastinya akan dijadikan sebagai pengangkutan utama. Namun, bagi yang pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara ini, perasaan berdebar, risau, gementar dan lain-lain pastinya akan timbul. Mana tidaknya, proses nak naik kapal terbang ni tidak semudah naik pengangkutan darat seperti bas atau keretapi. Banyak peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.  Namun jangan risau! Jika anda pertama kali akan naiki kapal terbang, jom anda ikut sahaja tips yang akan dikongsikan ini. Barulah perjalanan anda rasa tenang, selamat dan lancar. Semak harga tiket dan rancang tarikh yang sesuai Sebelum ingin melancong ke luar negara khususnya, pastikan anda semak harga tiket beberapa bulan lebih awal dan pilih tarikh yang sesuai. Elakkan pergi melancong pada waktu ‘peak season’ kerana biasanya pada ketika ini harga tiket kapal terbang akan jauh lebih mahal berbanding waktu biasa. Anda boleh membeli dan...

5 Sebab Anda Kena Pergi Travel

  Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal selepas sekian lama bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentulah dengan pergi melancong. Baik travel di dalam mahupun luar negara, aktiviti melancong sememangnya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun perlu anda tahu selain untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal kita, aktiviti melancong juga memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat lain untuk seseorang tau! Boleh mempelajari budaya lain Sebenarnya, aktiviti melancong boleh membantu dan membuka minda anda untuk mempelajari budaya baru. Dengan melancong, anda pastinya akan didedahkan dengan pelbagai budaya yang mungkin agak asing bagi anda, lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara.  Cuba ambil kesempatan pada waktu ini untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan memahami adat mereka. Mana tahu, anda juga boleh kongsikan adat serta budaya yang di...

PJH 2025 : Senarai Pengelola Jemaah Haji 1446/2025

  Pengelola Jemaah Haji atau lebih mudah disebut sebagai PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh pihak Tabung Haji bagi memastikan kelancaran dan keselesaan para jemaah haji dari Malaysia. Pengelola Jemaah Haji ini berfungsi sebagai pengantara yang menguruskan segala keperluan jemaah haji, dari persiapan sebelum berangkat sehinggalah kembali ke tanah air. Bagi tahun 2025, sebanyak 37 syarikat telah berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji ini.  Bagi anda yang telah mendapat tawaran haji atau ingin melakukan ibadah ini sekali lagi, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel untuk ketahui lebih lagi, tentang perkhidmatan ini. Apa itu PJH Haji? Pengelola Jemaah Haji atau PJH merupakan satu perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh Tabung Haji (TH) pada tahun 1420H/2000M bagi memastikan kelancaran urusan jemaah.  Mereka merupakan pihak yang diberi lesen untuk beroperasi memberikan Perkhidmatan Pakej Haji yang m...