Skip to main content

Posts

Showing posts from February 27, 2011

Tip Keselamatan Bagasi ketika Melancong

Pastikan bagasi, beg tangan atau beg galas bersama anda ketika sampai dan sepanjang di lapangan terbang. Beg yang tidak dijaga dengan betul mungkin hilang dikebas pencuri. Lebih teruk jika bagasi yang hilang dimusnahkan pihak keselamatan lapangan terbang akibat tidak dituntut. Penumpang disarankan membawa sama ada beg tangan, beg pejabat atau dompet ketika memasuki pesawat. Dengan mengurangkan bilangan beg, anda mungkin dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting dan barangan berharga. Periksa dengan wakil agensi pelancongan anda mengenai peraturan barang yang dilarang dibawa memasuki kapal terbang. Setiap negara mempunyai undang-undang berbeza. Ia juga dapat mengelakkan anda terpaksa bersoal jawab dengan pasukan keselamatan jika membawa barangan tidak dibenarkan. Jangan membawa sebarang peralatan tajam yang mungkin boleh dijadikan senjata seperti pembuka surat, pisau, pemotong kotak, gunting atau rantai kunci tirus dalam bagasi. Ia mungkin dirampas pasukan keselamatan.

Tip Pergi Melancong

Meluangkan masa berkualiti dengan melancong bersama warga tua tidak kira ibu bapa, nenek atau datuk pasti menyeronokkan dan semestinya meninggalkan kenangan terindah. Ramai dalam kalangan kita yang jarang membawa warga tua melancong bersama disebabkan faktor usia dan kesihatan. Justeru, beberapa perkara perlu dititikberatkan supaya percutian tidak mendatangkan masalah terutama kesihatan. Tip melancong ini mungkin dapat membantu anda yang merancang membawa ibu, bapa, nenek atau datuk melancong ke destinasi percutian pilihan. 1) Bawa bekalan ubat-ubatan. Ia perkara paling penting dan perlu diberi keutamaan kerana bekalan ubat-ubatan mencukupi berupaya mengatasi masalah kesihatan jika berlaku. Adakalanya, ubat yang digunakan warga tua tidak sama dengan lokasi dilawati. Persediaan awal dapat mengelakkan sebarang kemungkinan. Pastikan juga ubat yang dibawa dilengkapi label bagi mengelakkan kekeliruan terutama apabila diserang sakit. 2) Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

Tips Melancong Dengan Murah (Di Eropah)

Kebanyakan dari kita, terutama yang melancong ke luar negara, duit akan keluar macam air. Pertama disebabkan kadar pertukaran wang asing yang tinggi. Kedua sebab...tak tahan nak shopping! Tapi tak semestinya kita papa kedana disebabkan benda ni. Ikut tips berikut, dan anda boleh jimat sebahagian besar dari perbelanjaan. Bawak Ja Jan Biskut, kek, roti, dan semua benda ni - masukkan dalam plastik 'zip', dan bawa kemana-mana. Kita selalu nak beli makanan masa melancong sebab lapar. Kita lapar pun sebab penat berjalan kesana kemari. Makanan Ja Jan ni boleh membantu tolong alas perut. Bawa Botol Air Kemana-mana Kalau kita asyik beli air, tanpa disangka-sangka kita dah berbelanja hampir beratus-ratus ringgit disebabkan air saja! Bayangkan kalau satu botol air di negara Eropah mungkin 2 hingga 3 Euro. Kalau sehari 3 kali beli, dah dekat 10 Euro. Itu dah RM50 sehari! Cuba bayangkan kalau seminggu! Jadi, bawak je botol air. Kat eropah ni air paip selamat nak minum. Kalau ada

Tip Melancong Bersama Anak

Permudahkan percutian supaya meninggalkan kenangan manis buat keluarga MELANCONG keluar negara ketika cuti hari raya bukanlah satu perkara yang baru. Ramai di kalangan masyarakat terutama mereka yang tiada kampung halaman atau mahu bertukar angin memilih untuk melancong sekali gus memanfaatkan cuti panjang sempena hari raya. Percutian yang anda rancang mungkin memberi bebanan jika bercuti bersama keluarga dan mempunyai anak kecil. Oleh itu, panduan ini mungkin boleh membantu anda mempermudahkan percutian selain ia akan meninggalkan kenangan manis buat si kecil. Kapal terbang: * Tempah tempat duduk penerbangan supaya anda dapat duduk bersama dan pesan hidangan anak pada masa sama. * Bawa keperluan bayi dengan tangan supaya anda mudah untuk mengambilnya ketika diperlukan. * Berikan makanan kepada bayi anda dan gula-gula kepada anak yang lebih besar ketika berlepas dan mendarat untuk mengatasi ketidakselesaan daripada tekanan dalam kabin kapal terbang. * Bawa makanan yang bias

Tips Sebelum Melancong

1. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu). Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu. Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan. Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa. 2.Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati. Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk meninjau sedikit info mengenainya dahulu. Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak. Jalan paling mudah adalah menerusi internet. Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini. 3. Gunakan khidmat agensi pelancongan. Melancong

Travel Tip

Traveling Tips( Beijing) Weather: Mar – May (Spring) 10 – 24 c / June – Aug (Summer) 25 – 30 c Sep – Nov (Autumn) 19 – 26c / Dec – Feb (Winter) – 10 c Time Difference : GMT +8 (No time difference with Malaysia) Traveling Time : Approx. 6 1/2 hrs Currency : Renmenbi (Yuan) Electric Voltage : Inter Multiple plug adaptor (china 240 volt) Clothing : Summer – Summer Clothing : Spring/Autumn – Sweaters, mid weight Clothing : Winter – Winter Clothing, Long John and woolen shoes & sock etc… Traveling Tips(Shanghai) Weather: Mar – May (Spring) 4 – 24 c / June – Aug (Summer) 25 – 30 c Sep – Nov (Autumn) 4 – 20c / Dec – Feb (Winter) 5 - - 3 c Time Difference : GMT +8 (No time difference with Malaysia) Traveling Time : Approx. 4 hrs 30mins Currency : Renmenbi (Yuan) Electric Voltage : Inter. Multiple plug adaptor (china 240 volt) Clothing : Summer – Summer Clothing : Spring/Autumn – Sweaters, mid weight Clothing : Winter – Winter Clothing, Long John and woolen

Holy Quran Read Pen

Utk tempahan, sila hubungi 017-232 0372  (En Ismi)

Tip Beli-belah Dalam Talian

PC mestilah dilindungi. Sebelum memasuki talian, pastikan PC dilengkapi perisian anti virus atau perisian keselamatan internet yang dikemaskini untuk melindungi daripada perisian pengintip, virus, cecacing dan lain-lain ancaman. Jangan abaikan tabiat baik ketika membeli belah. Disebabkan membeli-belah didalam talian, tidak bermakna anda boleh lupakan tabiat biasa seperti membuat tinjauan atau membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli. Buat carian penilaian yang pernah dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat yang sama. Ia bertujuan untuk mendapatkan idea terbaik mengenai kebolehpercayaan syarikat itu. Lakukan transaksi hanya menerusi laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Sebelum membuat belian,pastikan pemilik laman terbabit memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu. Bayar gunakan kad kredit. Salah satu perkara yang sering diperkatakan ketika membeli didalam talian ialah penyalahgunaan kad