Skip to main content

Tip Pergi Melancong

Meluangkan masa berkualiti dengan melancong bersama warga tua tidak kira ibu bapa, nenek atau datuk pasti menyeronokkan dan semestinya meninggalkan kenangan terindah.

Ramai dalam kalangan kita yang jarang membawa warga tua melancong bersama disebabkan faktor usia dan kesihatan.

Justeru, beberapa perkara perlu dititikberatkan supaya percutian tidak mendatangkan masalah terutama kesihatan.

Tip melancong ini mungkin dapat membantu anda yang merancang membawa ibu, bapa, nenek atau datuk melancong ke destinasi percutian pilihan.

1) Bawa bekalan ubat-ubatan. Ia perkara paling penting dan perlu diberi keutamaan kerana bekalan ubat-ubatan mencukupi berupaya mengatasi masalah kesihatan jika berlaku.

Adakalanya, ubat yang digunakan warga tua tidak sama dengan lokasi dilawati. Persediaan awal dapat mengelakkan sebarang kemungkinan.

Pastikan juga ubat yang dibawa dilengkapi label bagi mengelakkan kekeliruan terutama apabila diserang sakit.

2) Kurangkan pengambilan minuman beralkohol. Bagi mengelakkan diserang penyakit yang tidak diduga.

3) Elak perut kosong. Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan anda.

4) Rehat secukupnya. Rehat secukupnya di setiap perhentian amat penting supaya segar semula.

Bagaimanapun, warga tua memerlukan lebih banyak rehat berbanding individu lain.

5) Kerap minum air untuk mengelak berlaku penyahhidratan (dehydration) apabila cuaca panas.

6) Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan berlakunya pertukaran cuaca di lokasi percutian. Ia bagi mengelakkan terkena penyakit termasuk selesema kerana cuaca sejuk.

7) Bawa krim pelembap jika mempunyai alahan kulit.

8) Buat pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan perjalanan sekiranya mempunyai penyakit serius.




Comments