Skip to main content

Posts

Showing posts from May 22, 2011

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut, contohnya akibat strok haba. Semua orang berisikomenjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal diluar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. Orang dewasa (berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda) Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah Penghidap penyakit sistem pernafasan Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan / pengeringan peluh. Gejala cuaca panas melampau adalah: Sakit kepala Keletihan Lemah tumpuan Pening Lemah otot-otot atau kekejangan Mual dan muntah Keadaan yang terlalu teruk bo

Bayview Hotel Langkawi Ramadhan Promotion