Skip to main content

Posts

Showing posts from October 20, 2013

Amalan Rutin Harian Selepas Solat Subuh

Kali ini saya ingin berkongsi satu doa yang dibaca oleh Rasulullah saw selepas solat subuh. Doa ini walaupun ringkas tetapi memenuhi keperluan setiap individu muslim. Tanpa tiga perkara ini seseorang itu akan hidup dalam kejahilan, tiada arah tujuan, kerugian dan penyesalan di dunia dan akhirat. Doa tersebut dibaca setelah salam solat Subuh ini Petikan dari Hadis Riwayat  Sahih Ibn Majah ialah : بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً. Maksud : “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”   Doa yang agung ini amat bersesuaian dibaca kerana waktu pagi merupakan permulaan hari bagi setiap insan memulakan kehidupannya. Setiap hari seseorang akan keluar dari tempat tinggalnya untuk mendapatkan salah satu daripada tiga perkara ini iaitu untuk mencari ilmu ( terutama bagi pelajar), rezeki yang baik serta amal sole