Skip to main content

Pelayaran Islamik (Syukur - Tenang - Damai)


 




Assalamualaikum w.b.t.
Pelayaran Islamik telah memasuki pelayaran yang ke 19. Alhamdulillah, sehingga kini pelayaran yang berunsurkan islamik ini telahpun berjaya mencapai matlamat menjadi sebuah pelayaran islamik yang mementingkan HALAL didalam setiap pelayaran.


Ini terbukti dengan pengesahan dari pihak JAKIM yang mengesahkan bahawa makanan di semua restoran didalam cruise adalah HALAL. Disamping terdapat kedai bebas cukai yang dijamin murah, pilihan bilik mewah yang selesa & eksklusif serta pemandangan yang memukau & aktiviti yang menyeronokkan.


Dengan sambutan yang diberikan dari semua pihak dengan pelayaran sebelum ini telah menguatkan lagi pihak penganjur untuk meneruskan program yang amat bermanfaat kepada semua khususnya bagi mereka-mereka yang ingin berhijrah & ingin mendalami ilmu agama dengan lebih baik lagi. Bukan sahaja pelayaran islamik 19.0 ini sahaja tetapi akan ada lanjutan lagi di pelayaran yang akan datang. Pihak penganjur akan senantiasa mengemaskini program untuk pelayaran yang akan datang dari masa ke semasa. Semoga aktiviti-aktiviti serta program sebegini dapat membina diri kearah yang lebih positif serta beroleh kebaikan dalam kehidupan seharian kita.

Firman Allah S.W.T


Maksudnya,
"Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu supaya kapal-kapal berlayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur"  - Surah Al-Jathiya, Ayat 12


Program pelayaran terkini yang boleh disertai adalah seperti dibawah:

Pelayaran 19.0 (NEW)
Singapore - Open Sea - Phuket - Penang - Singapore
04 - 08 Januari 2017

>> Lihat aturcara

https://appv3.pelayaranislamik.com.my/register/18





Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi agen yang dilantik:


Nama Agen : ISMI BIN ISMAIL
No Tel : 017-232 0372  (Whatsapp)
Email  :  ismyholidays@gmail.com
Website : www.ismyholidays.com

>> Surat perlantikan agen yang sah 


Alamat Pejabat Pelayaran Islamik:
No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

















Catatan Pelayaran Edisi Yang Lepas








https://pelayaranislamik.com/

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dengan sambutan yang diberikan untuk Pelayaran UKE 1.0 yang telahpun dijalankan dengan jayanya serta Pelayaran UKE 2.0 yang telah dijalankan pada 25 - 28 Januari 2015 yang lalu, pihak penganjur rasmi iaitu IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd sekali lagi akan meneruskan program pelayaran seumpamanya. Yang uniknya, program yang akan datang selepas dari Pelayaran UKE 2.0 tersebut, pihak penganjur telah melancarkan 2 pelayaran serentak yang berunsurkan islamik, iaitu Pelayaran Islamik 3.0, Pelayaran Islamik 4.0 & akan disusuli dengan Pelayaran Islamik 5.0 serta Pelayaran Islamik 6.0 yang sudahpun dibuka.

Bagi yang pernah mengikuti pelayaran sebelum ini pada siri Ogos 2014 yang lalu, pasti kita berasa 1 kelainan yang dapat dirasai dalam program Pelayaran Islamik kali ini. Ini kerana ia terdiri dari bukan sahaja penceramah atau ustaz yang tidak asing lagi pada kita semua tetapi terdapat juga pakar motivasi yang dikhususkan pada pelayaran kali ini seperti Ustaz Badlishah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Ustaz Haslin Bollywood, Prof Dr Muhaya, Dato Hassan Mahmud, Dato Dr Fadzilah Kamsah, Imam Muda Asyraf & lain-lain lagi.



Untuk Pelayaran Islamik kali ini Ustaz Kazim Elias tidak terlibat seperti siri pelayaran 1.0 & 2.0. Pihak penganjur memberikan sedikit kelainan dalam pelayaran, penceramah serta pengisian dalam program kali ini. Setiap penceramah yang kita dengar agak berlainan sedikit cara penyampaiannya. Terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana menilai seseorang penceramah. Tetapi harus diingat, lain penceramah, lain juga kita akan mendapat ilmu pengetahuan. Biar banyak pengetahuan & ilmu didada, asalkan kita tidak memilih sesiapapun yang ingin menyampaikannya kepada kita.

Pelayaran Islamik  ini mengambil masa 4 hari. Bermula dari Port Star Cruise Penang, Phuket, Krabi & kembali semula ke Penang dengan menaiki kapal Star Cruise Libra / Aquarius ..Banyak kemudahan yang ada didalam kapal tersebut untuk keselesaan para penumpang.

Kita tidak perlu risau, setiap pelayaran pihak penganjur sentiasa mengambil serius tentang bab-bab berkenaan dengan kebersihan terutama sekali dalam bab agama seperti yang telah dibuat pada pelayaran UKE 1.0 iaitu proses samak dapur kapal Star Cruise Libra Kembara UKE 1.0. >Sila klik untuk melihat sendiri proses tersebut<

Mengapa kita harus ikuti Pelayaran Islamik Ini?
  1. Mengetahui kedudukan kiblat semasa di atas kapal / di tengah lautan
  2. Mempelajari Solat Jama' & Qasar dgn lebih sempurna
  3. Mendengar ceramah & Kuliah  dgn lebih terperinci
  4. Qiyamulail beramai-ramai
  5. Berzikir & Selawat beramai-ramai
  6. Sesi Soal Jawab Bersama Ustaz yg terlibat
  7. Melakukan program Ziarah
  8. Makan malam kesyukuran bersama kesemua yg terlibat
Tarikh & Penceramah yang terlibat dalam Pelayaran Islamik kali ini :

Pelayaran Islamik 3.0
01 - 04 Februari 2015

Pelayaran Islamik 4.0
08 - 11 Mac 2015

Pelayaran Islamik 5.0
03 - 06 Mei 2015
Pelayaran Islamik 6.0
07 - 10 Jun 2015

Aturcara Pelayaran Islamik adalah seperti berikut : (Tertakluk pada perubahan)



Untuk aturcara penuh, boleh download di :
Ingin turut serta? Sila klik daftar sekarang. Anda akan dibawa ke laman web rasmi penganjur.







Semoga dengan aktiviti sebegini dapat mengukuhkan keimanan dengan ilmu-ilmu yang akan diberikan semasa pelayaran tersebut disamping dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama Islam serta dapat melancong sambil berdakwah..

Diharapkan ianya akan berjalan dengan lancar & apa yang dilakukan semasa pelayaran tersebut diberkati olehNya.. In-shaAllah..






Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi penganjur rasmi :

INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT &  TOURS (M) SDN BHD  (631893-A) (KPL 4104)
2-08, Jalan Prima SG 1
Prima Sri Gombak, Batu Caves
68100 Selangor Darul Ehsan, Malaysia