Skip to main content

Posts

Panduan Pemula untuk Menubuhkan Perniagaan Pelancongan di Malaysia

  Industri pelancongan di Malaysia adalah sektor yang bertenaga dan semakin berkembang, menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negara. Tren terkini menunjukkan peningkatan dalam ekopelancongan dan pelancongan budaya, dipacu oleh permintaan tempatan dan antarabangsa. Dengan warisan yang kaya, pelbagai tarikan, dan sokongan kerajaan, perniagaan pelancongan di Malaysia menawarkan potensi besar untuk usahawan. Apa itu Perniagaan Pelancongan? Perniagaan pelancongan merangkumi perkhidmatan dan aktiviti yang direka untuk memenuhi keperluan pengembara dan pelancong. Ini termasuk agensi pelancongan, operator pelancongan, penyedia penginapan, dan perancang acara. Pasaran sasaran termasuk pengembara rekreasi, pelancong perniagaan, dan pencari pengembaraan, dengan tawaran yang disesuaikan mengikut keutamaan mereka. Sebab-sebab untuk Memulakan Perniagaan Ini Permintaan pasaran yang tinggi dari pelancong tempatan dan antarabangsa. Potensi pertumbuhan yang kukuh dengan peningkatan trend perjalan...
Recent posts

Memburu Mabrur Haji Bersama MIMM Travel & Tours

Ibadah Haji ini mungkin hanya sekali seumur hidup, bila sampai waktunya - 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 Di sinilah kami di MIMM Travel & Tours boleh tawarkan Pakej Haji terbaik dan berbaloi untuk haji anda👇🏻 🕋 Di Makkah tinggal di hotel 5 Bintang berjarak dari 45 Meter ke dataran Masjdil Haram 🕌 Di Madinah Hotel 5 Bintang berjarak Dari 15 Meter ke pagar Masjid Nabawi 🏢 Di Aziziyah pula, semua jemaah MIMM Travel di tempatkan di hotel Aziziyah di Sidqi Street berjarak hanya 600 meter ke dataran Jamrah 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐈𝐌𝐌 𝐓𝐫𝐚𝐯𝐞𝐥 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤? ✅ 4 Tahun Pencapaian CEMERLANG dari Tabung Haji ✅ Bimbingan haji yang penuh, teratur dan menyeluruh diketuai oleh Ustaz Dr. PU Haji Hafiz Haneefa ✅ Hotel 5 Bintang di Mekah bilik besar dan makan pelbagai yang sesuai selera Malaysia ✅ Hotel berjarak dekat ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ✅ Melaksanakan ibadah sunnah Tarwiyah sebagai pilihan tanpa bayaran tambahan ✅ Tik...

16 Cara Menjadi Orang Sukses Dari Zero. Siapa Saja Boleh Mencubanya!

  Siapa yang tidak ingin menjadi orang sukses? Kebanyakan dari kita tentu akan menjawab ‘ya’. Tak heran, berbagai cara menjadi orang sukses rela dilakukan demi meraih kesuksesan yang selama ini ingin dicapai. Mulai dari membaca buku, mengikuti seminar, menonton video kisah-kisah inspiratif, dan lain sebagainya. Kesuksesan sendiri adalah hal yang kompleks dan dipengaruhi oleh berbagai faktor, seperti latar belakang keluarga, bakat, kesempatan, kerja keras, sampai dengan faktor keberuntungan. Meskipun demikian, ada sederet cara yang bisa Anda lakukan untuk menjadi orang sukses, salah satunya yakni dengan menerapkan 16 cara berikut ini. 16 Cara Menjadi Orang Sukses Berikut ini adalah 16 cara menjadi orang sukses yang dapat membantu Anda meraih kesuksesan dan menggali lebih dalam potensi yang ada dalam diri Anda. 1. Disiplin Cara menjadi orang sukses yang pertama adalah dengan bersikap disiplin untuk setiap hal yang Anda kerjakan. Salah satu contohnya yakni dengan...

Kali Pertama Nak Naik Kapal Terbang? Ini Tips Untuk Anda

    Untuk yang ingin melancong ke luar negara, kapal terbang pastinya akan dijadikan sebagai pengangkutan utama. Namun, bagi yang pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara ini, perasaan berdebar, risau, gementar dan lain-lain pastinya akan timbul. Mana tidaknya, proses nak naik kapal terbang ni tidak semudah naik pengangkutan darat seperti bas atau keretapi. Banyak peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi.  Namun jangan risau! Jika anda pertama kali akan naiki kapal terbang, jom anda ikut sahaja tips yang akan dikongsikan ini. Barulah perjalanan anda rasa tenang, selamat dan lancar. Semak harga tiket dan rancang tarikh yang sesuai Sebelum ingin melancong ke luar negara khususnya, pastikan anda semak harga tiket beberapa bulan lebih awal dan pilih tarikh yang sesuai. Elakkan pergi melancong pada waktu ‘peak season’ kerana biasanya pada ketika ini harga tiket kapal terbang akan jauh lebih mahal berbanding waktu biasa. Anda boleh membeli dan...

5 Sebab Anda Kena Pergi Travel

  Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal selepas sekian lama bertungkus lumus mencari rezeki, sudah tentulah dengan pergi melancong. Baik travel di dalam mahupun luar negara, aktiviti melancong sememangnya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Namun perlu anda tahu selain untuk menghilangkan tekanan mental dan fizikal kita, aktiviti melancong juga memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat lain untuk seseorang tau! Boleh mempelajari budaya lain Sebenarnya, aktiviti melancong boleh membantu dan membuka minda anda untuk mempelajari budaya baru. Dengan melancong, anda pastinya akan didedahkan dengan pelbagai budaya yang mungkin agak asing bagi anda, lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara.  Cuba ambil kesempatan pada waktu ini untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan memahami adat mereka. Mana tahu, anda juga boleh kongsikan adat serta budaya yang di...

Tips Travel Solo Yang Berguna Untuk Anda

  Anda mempunyai impian untuk lakukan percutian atau pengembaraan secara solo di negara orang? Ya! Travel secara bersendirian sememangnya menyeronokkan, namun ia mungkin agak mencabar terutama jika ini kali pertama anda ingin mencubanya. Justeru itu, langkah awal yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca pelbagai tips travel solo agar segalanya akan berjalan dengan lancar dan baik. Jom kami kongsikan 7 tips travel solo yang mungkin berguna untuk anda nanti!  Bayangkan percutian yang anda idamkan Letak gambaran bagaimana anda inginkan percutian anda itu berlangsung nanti. Nak chill-chill sahaja ke? Atau nak melawat banyak tempat bersejarah? Mungkin juga nak cuba camping di mana-mana kawasan menarik di tempat anda akan kunjungi itu nanti? Anda mungkin banyak masa terluang apabila travel secara solo. Namun, ia tidak bermakna anda perlu memampatkan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa ya. Biarlah percutian anda itu nanti tidak begitu melelahkan! Kum...

6 Tips Melancong Di Dalam Negara

    Ramai dalam kalangan kita mungkin masih gemar untuk melancong di dalam negara atas faktor kewangan, keselesaan, masa dan lain-lain. Melancong di dalam negara boleh jadi pengalaman yang indah (seindah melancong ke luar negara) jika perancangan dibuat dengan rapi dan tempat yang dipilih juga menarik untuk dikunjungi.  Sebenarnya, aktiviti melancong di dalam negara ini amat digalakkan kerana ia mampu menjana ekonomi negara. Jadi, bagi memastikan anda dapat percutian terbaik, apa kata anda baca tips yang akan kami kongsikan ini.  Semoga bermanfaat! Elak bercuti ketika musim cuti sekolah atau perayaan Pelbagai bangsa, pelbagai perayaan yang diraikan! Inilah untungnya menjadi rakyat Malaysia. Jadi, ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk pergi bercuti apabila tibanya musim perayaan kerana cuti biasanya lebih panjang berbanding biasa. Selain musim perayaan, musim cuti sekolah juga menjadi pilihan keluarga untuk pergi bercuti. B...

Tips Jimat Untuk Travel Luar Negara

  Ramai orang memasang niat untuk bercuti ke luar negara bagi merasai pengalaman berada di negara orang. Ada yang kerap pergi bercuti hampir setiap tahun, namun mungkin ada juga yang masih belum berpeluang untuk bercuti ke luar negara atas pelbagai faktor terutamanya kekurangan bajet.  Ya, percutian tanpa bajet yang mencukupi khususnya jika ingin ke luar negara boleh jadi kurang menyenangkan. Disebabkan itu, perancangan perlu dibuat dengan teliti agar segalanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Bagaimanapun, jika anda masih berhasrat untuk bercuti di luar negara disamping memiliki bajet yang terhad, anda mungkin perlu tahu dan gunakan tips jimat ketika travel ini.  Jangan travel ketika musim percutian Sebenarnya, ini mungkin tips yang ramai orang masih terlepas pandang. Sememangnya, kita lebih mudah untuk mendapat cuti panjang khususnya ketika musim percutian. Namun, jika anda terikat dengan bajet atau ingin lebih jimat, elakkan sahaja men...

Tips Travel: Jangan Letak 7 Benda Ini Di Dalam Bagasi Anda

  Setelah sekian lama merancang, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum percutian dimulakan. Perasaan seronok, teruja, semuanya ada! Kita pun mulalah mengemas bagasi untuk bawa segala barang yang diperlukan. Kalau boleh, semua baranglah dirasakan penting dan ingin dimuatkan di dalam bagasi itu. Namun, sila beri perhatian khususnya buat anda yang baru pertama kali ingin menggunakan pengangkutan udara, iaitu kapal terbang untuk bercuti ya. Pastikan beberapa benda/ perkara ini tidak diletakkan bersama di dalam bagasi anda itu. Wang tunai Jangan sesekali meletakkan wang tunai di dalam bagasi anda tidak kiralah jumlahnya kecil mahupun besar. Sila pastikan wang tunai sentiasa bersama dengan diri anda pada setiap masa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Ingat, ada risiko bagasi untuk hilang baik sebelum, semasa atau selepas menaiki pesawat. Anda mungkin tidak menjumpai semula bagasi anda di lapangan terbang, atau bagasi anda mungkin tertukar ...

Tips Travel: Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

Sebelum pergi melancong khususnya ke luar negara, banyak perkara penting yang perlu dipersiapkan agar percutian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, bukan? Mungkin pada mata kasar, kita sudah menyelesaikan semua perkara-perkara penting tersebut. Namun apabila hari untuk bercuti tiba, barulah kita perasan ada yang masih kurang. Jadi, dalam keterujaan anda untuk pergi bercuti, pastikan anda tidak terlepas melakukan perkara-perkara ini sebelum meninggalkan rumah ya! Buat research tempat yang anda ingin kunjungi Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda telah melakukan serba sedikit carian mengenai negara yang anda ingin kunjungi. Selain bagi memastikan percutian anda lancar, ia juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat. Selain itu, langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet yang perlu ada serta peraturan-peraturan yang perlu diikut...