Skip to main content

CARA MEMBUAT PEMERIKSAAN PUSPAKOM

 


Prosedur pemeriksaan PUSPAKOM merangkumi empat langkah utama :

Tempahan slot secara dalam talian, penyediaan dokumen (seperti geran asal), proses pemeriksaan berkomputer di pusat PUSPAKOM, dan penerimaan laporanKeseluruhan proses biasanya mengambil masa kira-kira sejam @ lebih (Bergantung pada pemeriksaan semasa)

Berikut adalah panduan langkah demi langkah yang lebih terperinci untuk kelancaran urusan anda:
1. Buat Temujanji (Appointment)
Semua pemeriksaan kenderaan memerlukan temujanji awal. Anda tidak lagi boleh hadir secara terus (walk-in).
  • Layari portal GCheck atau gunakan aplikasi mudah alih. GCheck ialah platform dalam talian rasmi PUSPAKOM untuk tempahan pemeriksaan kenderaan dan pembayaran melalui laman web atau aplikasi mudah alih.
  • Log masuk atau daftar akaun baharu.
  • Pilih cawangan pusat pemeriksaan, tarikh, dan slot masa.
  • Isi maklumat kenderaan anda dan buat pembayaran secara dalam talian
Contoh Slip Temujanji


2. Sediakan Dokumen Penting
Pastikan dokumen berikut dibawa semasa hari pemeriksaan bagi mengelakkan sebarang kelewatan:
  • Kad Pendaftaran Kenderaan asal atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) / Geran.
  • Salinan fotostat geran (untuk kes-kes tertentu).
  • Laporan pemeriksaan terdahulu (jika berkenaan).
3. Hadir ke Pusat Pemeriksaan
  • Tiba di pusat PUSPAKOM pilihan anda sekurang-kurangnya 20 minit @ lebih awal sebelum slot masa anda.
  • Serahkan kenderaan dan dokumen kepada pemeriksa bertugas. Pemeriksa PUSPAKOM akan memandu kenderaan anda ke lorong pemeriksaan.
  • Komponen yang akan diperiksa termasuk brek, suspensi, pelepasan asap (emisi), lampu, dan identiti kenderaan (nombor casis dan enjin)

Puspakom Wangsa Maju

4. Terima Keputusan / Laporan
  • Setelah pemeriksaan berkomputer selesai, pegawai akan menyerahkan Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM kepada anda melalui email. Sila pastikan email yang didaftarkan adalah betul & aktif.
  • Laporan ini sah digunakan dalam tempoh 30 hari (Pemeriksaan Khas) & 60 hari (Pemeriksaan Pertukaran Hak Milik) dari tarikh ia dikeluarkan. (Tertakluk kpd perubahan)
Contoh Laporan Pemeriksaan

Selepas selesai semua pemeriksaan, anda bolehlah ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan seterusnya dengan pihak JPJ. Semoga dipermudahkan urusan anda!!

Terima kasih.

Comments