Skip to main content
Tip Pemakaian, Penyimpanan & Penjagaan Kanta Lekap
- Bersihkan kanta lekap anda dengan disinfektan setiap hari
- Basuh tangan anda sebelum memegang kanta lekap - sebaik-baiknya gunakan sabun tanpa wangian.
- Jangan gunakan air liur, air suling, air paip atau larutan salina yang dibuat sendiri dan tidak disterilkan untuk membersih kanta lekap anda.
- Semua larutan disinfektan adalah berlainan. Oleh itu, untuk melindungi kanta lekap daripada mengering, pilihlah larutan serba guna yang mengandungi pelembap seperti taurina untuk memanjangkan keselesaan pemakaiannya.
- Bersihkan bekas kanta lekap anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dan biarkan ia kering sendiri.
- Jangan biarkan hujung botol larutan anda menyentuh sebarang permukaan, termasuk kanta lekap anda untuk mengelaknya tercemar.
- Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan solekan mata dan tanggalkan kanta lekap sebelum membersihkan solekan.
- Jangan tidur memakai kanta lekap kecuali mendapat arahan doktor. Memakai kanta lekap semalaman walaupun sekejap sahaja, lebih memudaratkan daripada menanggalkannya setiap malam.
- Jangan memakai kanta lekap melebihi masayang sudah ditetapkan. Jika anda tidak sempat menggantikannya, pakailah cermin mata buat sementara waktu.
- Gunakan kosmetik berasaskan air semasa memakai kanta lekap.
- Dapatkan pemeriksaan mata lengkap setiap 12 bulan, termasuk ujian untuk glaukoma, katarak dan degenerasi makular. Golongan berumur dan penghidap kencing manis patut mendapatkan pemeriksaan lebih kerap optometris.
Comments
Post a Comment
Thank u for your comment..Have a nice day!!