Skip to main content

MATTA Fair 2011


    Matta Fair 2011 telah berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur pada 11 - 13 Mac 2011 yang lalu adalah merupakan sebuah pameran pelancongan yang terbesar di negara ini dan diadakan setiap tahun dengan pameran utama diadakan dua kali setahun di Kuala Lumpur. Ia juga bukan sahaja dibuat di Kuala Lumpur sahaja, bahkan di seluruh Malaysia.. Sambutan pada pameran ini sangat menggalakkan dari para pelancong dan para pengunjung yang mengunjungi pameran ini untuk mendapatkan tawaran yang terbaik untuk keselesaan perjalanan dan pakej-pakej pelancongan yang menarik serta murah. Banyak agensi-agensi yang berdaftar dengan MATTA Organisation telah menyertai pameran ini termasuk juga hotel-hotel, theme park, airlines dan sebagainya. Pameran ini telah mempromosikan beberapa produk pelancongan terbaik di dalam dan di luar negara.

    Pameran ini juga sebenarnya adalah untuk memudahkan kita mencari semua jenis pakej pelancongan bermula daripada pakej keluarga tempatan, pakej antarabangsa, pakej individu, pakej muslim, pakej ground atau tiket airline. Beberapa agensi-agensi dari luar negara juga telah menyertai pameran ini. Agensi-agensi ini lah yang sebenarnya memudahkan kita mengetahui di setiap negara-negara destinasi pelancongan. Pada pameran ini, kita juga dapat melihat sejumlah syarikat yang menjual produk berkaitan untuk memulakan perjalanan seperti kamera, pakaian dan barang-barang keperluan lain.


    Pameran ini juga bukan sahaja menjual produk pelancongan, bahkan ada aktiviti sampingan yg telah dilakukan spt persembahan dari artis-artis kebudayaan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Korea, China dan banyak lagi.. Artis-artis kebudayaan ini merupakan antara tarikan dalam mengetengahkan budaya di setiap negara  yang terlibat.






































































Comments