Skip to main content

Hilangkan Kotoran Pada Pakaian

  • Jangan sesekali kesat kotoran yang mengnai pakaian dengan tuala atau kain berwarna gelap.
  • Jangan bilas kotoran dengan sabun buku.
  • Jika kotoran masih segar, lapkan menggunakan tisu dapur atau kain putih yang mudah serap.
  • Pakaian cucian kering (dry clean) mesti dihantar ke dobi dalam masa dua hari
  • Kotoran pepejal seperti lumpur perlu dibiarkan kering dahulu kemudian dikikis menggunakan pisau tumpul sebelum dicuci
  • Jangan menggunakan air panas jika tidak diketahui jenis kotoran. Ini kerana bahan berprotein akan menyebabkan kotoran kekal seperti darah, telur, susu atau bubur.
  • Cubaan cucian perlu dilakukan di kawasan yang tidak kelihatan seperti bahagian dalam pakaian
  • Jangan kesat kotoran dengan kain licin kerana ini akan menyebabkan kotoran merebak lebih luas
  • Jangan gunakan pengering jika kotoran tidak tanggal selepas dicuci. Biarkan ia kering dibawah matahari secara normal sebelum dicuci semula.
  • Jangan gosok pakaian yang masih mempunyai kesan kotoran kerana kotoran akan kekal.
  • Rawat kotoran sebelum mencuci pakaian.
  • Pakain berlumpur perlu dicuci berasingan daripada pakaian lain dan dengan menggunakan air suam..