Skip to main content

Syabas Safee Sali & pemain2 Malaysia!! Tp yg xbestnya mereka xdpt beraksi di England..

 
 
Yang Tak Bestnya :
 
Jurulatih Cardiff, Malky McKay setakat ini puashati dgn prestasi Saffee dgn mengatakan dia adalah good player. Tetapi halangan sekarang ialah Safee tidak akan diberikan permit kerja oleh Home Minister UK krn syarat keta mrk. Ini adalah birokrasi kerajaan UK. Saya menyeru kerajaan Msia agar bantu dari segi ini krn tidak adil jika bakat yg baik dan setanding pemain Eropah tetapi hanya kerana dia asal dari negara yg ranking bwh 70, tidak boleh dpt permit. Setidaknya, sbg bekas negara jajahan British (dijajah ke?), melalui Komanwel, Safee harus dibenarkan spt mana proses Visa utk negara Komanwel. KBS dan KDN harus usahakan. Yg lain kami dah usaha. 
 
 
Yang Bestnya :
 
Hasrat untuk menyaksikan pemain bola sepak negara beraksi dalam Liga Bola Sepak Jepun (Liga-J) bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila negara itu menyatakan minat mendalam terhadap kemampuan pemain negara.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Masaharu Nakagawa dalam pertemuan rasmi mereka di sini, semalam - Sumber dari Utusan
 * Semoga pemain2 Malaysia dapat mengharumkan nama negara jika beraksi di Jepun nanti.. Insya-Allah..
 


Comments