Skip to main content

Permohonan Bantuan RM500 LHDN

Cara Memohon Bantuan Kewangan RM500


Siaran Median Bantuan RM 500
Pada pembentangan Badjet 2012, kerajaan ada mengumumkan bantuan one-off RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3000 dan ke bawah. Untuk itu, saya ingin kongsikan pada pelawat xpresi bagaimana untuk memohon serta syarat permohonan.
Permohonan akan dibuka pada 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012, dimana borang permohonan ( percuma ) boleh mula di muat turun/dapatkan di laman rasmi www.hasil.gov.my mulai 10 Disember 2011 ini atau dapatkan di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Layak memohon jika :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga emas sebatang kara
  • Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
Borang yang di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di :
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri,
  • Sekolah-sekolah terpilih serta
  • Pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
Jika permohonan diterima, pembayaran tuan/puan akan dibuat pada ketua isi rumah mulai pertengahan Januari 2012. Bagi yang memenuhi syarat, mohonlah supaya sedikit sebanyak dapat membantu dalam perbelanjaan awal tahun terutama kelengkapan persekolahan anak-anak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila baca dengan teliti Siaran Media berkaitan pembayaran ini oleh Kementerian Kewangan Malaysia KLIK SINI.
Atau boleh hubungi LHDN di talian 1-300-88-3010



Comments