Skip to main content

Ganti Puasa Lama

Soalan
Bagaimana caranya jika saya ingin menggantikan puasa saya 7 tahun yang lepasSaya pernah menggantikan puasa tetapi tidak penuh dan kini saya sudah lupa berapakah jumlah gantian puasa yang saya lakukanApa yang saya pasti, tidak  pernah lebih dari 8 hariBagaimana saya ingin menggantikan puasa itu dan berapakah fidyah yang perlu saya bayarBolehkah jika saya ingin membayar fidyah itu dengan duit dan bukan berasSaya harap ustaz dapat membantu kerana saya agak keliruSaya bercadang ingin menggantikan semula semua puasapuasa saya.

Jawapan
Fidyah yang perlu dibayar ialah sebanyak 224 cupak.  (1 cupak = 600gm)
Fidyah hendaklah diberikan  kepada fakir miskin (seorang atau beberapa orang)
Fidyah beras boleh diganti dengan nilaian wang bergantung kepada harga beras yang dimakan seharian oleh individu tersebut.
Jumlah gantian puasa ambil kiraan maksimum hari yang ditinggalkan.  ( hari tidak berpuasa x tahun yang perlu diganti)
Sekiranya puasa yang diganti itu terlebih jumlahnya ia dikira sedekah.

Dipetik dari :  Surau Al Hidayah

Comments