Skip to main content

Tragedi Bas Bawa 53 Penumpang Masuk Gaung Di Genting Highlands ~ 37 Maut 16 Cedera

Amat menyedihkan...

Nahas bas yg amat tragis di Genting Highland meragut nyawa sekurang-kurangnya 37 penumpang selepas bas terjunam ke dalam gaung sewaktu menuruni bukit.
 
Seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. 

Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.

Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di Kilometer 3.8, jalan menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. - 21 Ogos, 2013.











Takziah diucapkan kpd keluarga mangsa yg terkorban. Al-Fatihah..