Skip to main content

Cara Menghilangkan "Virus Shortcut" Pada Pendrive 2

Virus Shortcut



Virus shortcut merupakan virus yang menganggu file/folder yang terdapat dalam pendrive pengguna dan menyebabkan file/folder tersebut tidak dapat digunakan langsung. Perkara ini boleh terjadi di mana-mana sahaja sama ada di tempat kerja, siber, IPTA, dan sebagainya.

Usah bimbang kerana file/folder anda sebenarnya masih dapat di selamatkan lagi hanya dengan menggunakan kaedah yang akan di tunjukkan pada anda. Ianya sesuai untuk semua jenis Windows yang anda gunakan sama ada windows XP/Vista/W7.

Langkah-langkahnya adalah :

1. Tekan pada Start Menu anda.

Untuk Windows XP user


Untuk Windows vista dan 7





Windows XP
 
2. Tekan pada "Run" untuk windows XP user... Manakala pengguna Vista/W7 pula boleh teruskan langkah No.3

3. Taipkan "cmd" pada petak kosong berkenaan dan tekan "Enter" pada papan kekunci anda (keyboard)...

4. Seterusnya keluarlah paparan seperti di bawah ini:



5. Kenalpasti lokasi pendrive anda sama ada D/E/F, selepas itu taipkan lokasi pendrive anda dan tekan "Enter".

*contoh : F: dan tekan Enter.

6. Selepas itu, taipkan seperti di bawah ini :
       taip = attrib -s -h /s /d *.* dan tekan Enter.



7. Dan lihat pada pendrive anda sekarang!! Insya-Allah kembali ke asal!

Selamat Mencuba... :)