
Pada kebiasaanya ramai orang akan memikirkan cara-cara terbaik untuk
membeli kereta terpakai. Namun begitu jarang yang memikirkan untuk
membeli kereta baru yang terbaik untuk dirinya sesuai dengan pendapatan
dan keselesaan. Membeli sebuah kereta baru pada masa kini amat mudah
dengan adanya skim bayaran muka RM "0" yang ditawarkan dipasaran.
Disebabkan mudahnya membeli kereta maka ramailah antara kita cuma
memikirkan hanya untuk membayar bulanan kereta tersebut tanpa menyedari
banyak kos terselindung setelah menggunakan kenderaan. Kos terselindung
yang dimaksudkan adalah seperti, kos petrol, kos penyelenggaraan, kos
memperbaharui cukai jalan dan insurans dan kos kemalangan (minta
dijauhkan).
Kereta berjenama Honda, Toyota, BMW, dan Mercedes menjadi idaman setiap
individu. Oleh itu, ramai dikalangan kita sanggup melabur besar untuk
membeli kereta jenama tersebut. Bagi "orang muda" membeli sebuah Honda
City atau Toyota Vios menunjukkan status kehebatan, Bagi "orang
berpengalaman" pula pasti ingin memandu sebuah Mercedes E240 atau BMW 5
Series bagi menunjukkan gah kepada masyarakat. Jika anda sudah mampu dan
stabil kedudukan kewangan adalah tidak menjadi masalah. Namun begitu,
bagi mereka yang hanya "sikit-sikit mampu" akan menjadi masalah. Kenapa?
Jika anda bergaji RM2700 (bersih) sudah tentu bank akan meluluskan
pinjaman anda untuk membeli sebuah Honda City dengan bayaran bulanan
dalam lingkungan RM900. Pernahkan anda berfikir tentang kos kehidupan
masa kini? Bergaji RM 2700 dengan komitment untuk membayar kereta RM900,
Sewa bilik RM300 (bujang), bil telefon RM100, bil-bil lain RM200,
Petrol sebulan RM400, penyelenggaraan kereta RM200 (purata), makan-minum
RM 500 dan keperlua-keperluan lain. Adakah anda pernah berfikir
mengenai perkara ini? Bajet atas kertas sememangnya cukup mudah kerana
anda cuma perlu sediakan pen, kertas dan kalkulator namun realitinya
banyak kos-kos lain yang perlu difikirkan. Ramai kalangan pemilik kereta
disenarai hitam selepas tidak mampu membayar bulanan sekaligus kereta
akan ditarik oleh bank.
Setelah kenderaan ditarik dan anda disenarai hitam, barulah sedar bahawa
anda sebenarnya tidak mampu untuk memiliki sebuah Honda City. Pada
ketika itulah, ramai yang akan kalut dan kusut memikirkan cara untuk
membeli kereta lain. Sudah tentu, jika anda tidak lagi layak untuk
membeli kereta, waima untuk membeli sebuah Viva 660BX. Di sini, penulis
bukanlah berniat untuk menghalang untuk anda membeli kereta yang hebat,
namun memberi penerangan mengenai akibat dan panduan pembelian kereta
baru.
Perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan untuk membeli kereta baru ialah seperti berikut :
Belilah sebuah kereta mengikut kemampuan bukan untuk bermegah dengan
kereta tersebut (kalau sudah betul-betul mampu tidak menjadi masalah)
Beli kereta mengikut keperluan anda. Contohnya, jika anda belum
berkahwin anda hanya perlu membeli sebuah kereta sedan atau kompak
bukannya MPV.
Buat kajian mengenai kos penyelenggaran kenderaan tersebut, sama ada ia murah atau sebaliknya.
Perlu tahu mengenai kos untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta tersebut.
Bertanya kepada ibu bapa mengenai pandangan mereka sebelum membeli kereta.
Carilah sebuah kereta yang jimat penggunaan petrol.
10 Senarai kereta dengan kos penyelenggaraan murah dan senang di Malaysia:
Perodua Viva (kereta kompak)
Perodua Myvi (kereta kompak)
Perodua Alza (mpv kompak)
Proton Saga baru (sedan kompak)
Proton Persona (sedan)
Proton Exora (MPV)
Honda City (sedan kompak- Jepun)
Toyota Vios (sedan kompak - Jepun)
Nissan Sentra (sedan - Jepun)
Nissan Grand Livina (mpv kompak - Jepun)