Skip to main content

Pengalaman menaiki perkhidmatan bas PERCUMA dengan GO KL City Bus


Pengalaman menaiki bas kadangkala amat menyeronokkan & juga kadangkala akan jadi sebaliknya. Bagi sesiapa yang pernah menaiki bas mempunyai pengalaman yang berbeza-beza, bergantung pada individu itu sendiri, keadaan di dalam bas serta perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat bas tersebut.

Bagi yang biasa menaiki bas di area pusat bandar Kuala Lumpur, ternyata banyak pilihan bas yang kita boleh naiki tetapi kebanyakannya kita perlu membayar tambang tetapi lain pula dengan perkhidmatan bas GO KL City Bus. Apa yang specialnya perkhidmatan bas ini adalah ia bukan sahaja PERCUMA tetapi banyak memberi kemudahan buat mereka yang ingin memasuki pusat bandar. Bukan sahaja orang awam di Malaysia, tetapi juga para pelancong yang inginkan kemudahan serta dapat menjimatkan kos dalam perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Pada 23 Nov 2014 yang lalu, saya berkesempatan menaiki perkhidmatan ini yang dipandu oleh kenalan rapat saya juga. Alhamdulillah, setelah saya merasai sendiri perkhidmatan ini ianya sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan kepada semua tetapi jika di waktu puncak seperti kebiasaan bas-bas yang lain akan mengalami kepadatan penumpang. Apapun jika ianya tiada mendatangkan masalah, semua perjalanan ke destinasi yang hendak dituju akan selamat.

Bas yang saya naiki adalah bas yang melalui dari Pasar Seni hingga ke Bukit Bintang iaitu laluan "Purple Line". Ada beberapa laluan bas GO KL ini iaitu laluan Green Line, Purple Line, Blue Line & Red Line. Kekerapan bas amat tinggi iaitu lebih kurang 5 minit sahaja, bergantung pada keadaan lalulintas pada masa tersebut. Jika kita hendak menaiki bas ini, kita perlu pastikan laluan bas, jika tidak pasti kita akan menuju ke destinasi yang lain.

Kenapa kita perlu menggunakan perkhidmatan GO KL City Bus?

1) Menjimatkan Kos
  • Perkhidmatan PERCUMA
  • Menjimatkan bahan apai kenderaan persendirian anda
2) Kemudahan
  • Kekerapan bas (lebih kurang 5 minit menunggu)
  • Melalui tempat-tempat pelancongan & pusat perniagaan utama di pusat bandar
  • Perhentian berdekatan dengan pengangkutan awam (Monorel, LRT, KTM & lain-lain)
3) Mesra Alam
  • Bas digerakkan dengan Gas Asli Mampat (CNG)
  • Kurang pengeluaran karbon / asap

GO KL City Bus



Gambaran Di Dalam Bas



Destinasi Tujuan



Petunjuk laluan perkhidmatan GO KL City Bus



Terima kasih buat En Mohd Azmalluddin (Pemandu Bas) yang sudi membawa saya mengelilingi kota Kuala Lumpur. Terima kasih juga buat pengurusan GO KL City Bus. Semoga akan terus sukses menjadi peneraju perkhidmatan awam di Malaysia.. Insya-Allah..



P/S : Cara Bijak untuk perjalanan anda (Menjimatkan wang, Mudah & Mesra Alam)



Untuk info lanjut, sila layari laman web berikut :


www.gokl.com.my




www.spad.gov.my




www.spad.gov.my





Comments