Skip to main content

Pusingan kedua Formula E berlangsung dengan jayanya di Putrajaya, Malaysia



Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya Formula E diadakan di Malaysia pada 22 November 2014. Berlangsung di Presint 2, Putrajaya dengan dibanjiri peminat-peminat sukan permotoran terutama sekali peminat sukan F1. Tetapi keunikan Formula E ini adalah kereta yang bertanding adalah kereta yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Bayangkan, betapa majunya ciptaan manusia dalam dunia serba moden ini. Kereta seperti F1 boleh digerakkan dengan kuasa elektrik.. Masya-Allah..

Apa yang boleh dikreditkan tentang penganjuran Formula E ini adalah penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya berbanding dengan Formula 1 yang biasa kita lihat. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Diharapkan agar ianya akan mendapat sambutan yang lebih baik selepas ini.. Insya-Allah..

Tahniah buat penganjur terutama sekali kepada Malaysia yang sedikit sebanyak menaikkan lagi nama Malaysia dimata dunia.