Skip to main content

Rasai Kelainan Penginapan di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey Selangor



Bagi yang inginkan penginapan yang agak sempurna serta suasana percutian yang mendamaikan, berkunjunglah ke Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey, Selangor. Ia merupakan satu-satunya resort di dalam Pulau Carey tersebut.

Bagi yang masih belum mengetahui di mana terletaknya Pulau Carey ini, ia terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Pekan yang berdekatan dengan Pulau Carey adalah Pekan Telok Panglima Garang. Ia juga berhampiran dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur (lebih kurang 90km), KLIA (lebih kurang 60km), Bandar Banting & Bandar Klang (lebih kurang 25km). Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang indah terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara bandar Banting.
 
Bagi yang berkesempatan, bolehlah berkunjung ke sini. Anda juga boleh
menginap di satu-satunya resort disini. Walaupun ianya resort baru & masih ramai yang tidak tahu kewujudan resort ini, ianya masih lagi dianggap tempat yang menenangkan dengan susasananya yang kehijauan dengan pohon-pohon serta lapangan golf yang luas untuk anda yang berminat dengan sukan golf.

Suasananya yang tenang & mendamaikan amat sesuai untuk seisi keluarga.
Mari kita berkunjung & alaminya sendiri..




Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak resort:
(Sila klik logo untuk ke laman web rasmi)


http://www.amvertoncove.com/
 
PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra,
42960 Pulau Carey,
Selangor, Malaysia 







Comments