Skip to main content

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete

Cara Kembalikan Chat Whatsapp yang Hilang / Terdelete 

Pagi tadi buka Whatsapp nak check mesej. Tengok 'Chats' ada 4 je. Aikkk? Kenapa boleh hilang macam tu je? Pelik betul . . . Runsing sangat masa tu. Chat yang penting, group habis hilang. Kemudian terus buat carian di Google tentang cara nak restore chat yang hilang atau terdelete. 

 Caranya mudah je. Tapi restore tu hanya untuk chats 7 hari terakhir. 

1. Uninstall Whatsapp kemudian install semula Whatsapp pada telefon.
2. Buka Whatsapp di telefon, masukkan nombor telefon.
3. Kemudian akan keluar 'Message backup found!' . Klik butang 'Restore'
 
 
4. Semua chats yang lama, kurang 7 hari akan kembali. 

Perlu diingatkan bahawa Whatsapp akan membuat backup automatik pada pukul 4 pagi setiap hari. Jika chats yang di backup itu adalah chats yang ada selepas chats yang lama hilang, jangan risau anda boleh dapatkan chats yang lama. 

Caranya, pergi ke folder Whatsapp di telefon anda atau untuk lebih mudah sambungkan telefon anda dengan komputer. 

Folder Whatsapp > Folder Databases > Delete chats backup yang terbaru (lihat tarikh sebelum delete) 




Kemudian, anda perlu uninstall Whatsapp dan install semula Whatsapp di telefon. Masukkan nombor telefon anda dan klik butang Restore. Anda akan lihat chats yang lama muncul kembali. 

Untuk langkah berjaga-jaga, jika berlaku sesuatu pada telefon atau nak elakkan chats yang penting tiba-tiba hilang, anda boleh email chats. Caranya, buka Whatsapp > Settings > Chat Settings > Email chat. 

Untuk pertanyaan masalah atau cara-cara penyelesaian yang lain, sila ke Whatsapp FAQ.

Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, jangan panik. Cari penyelesaiannya. 
 
 
Sumber dari : www.maisarahsidi.com