Skip to main content

Pertandingan Liga Badminton Lelaki Tertutup C16 - Edisi 2018


Alhamdulillah, Pertandingan Liga Badminton Lelaki Tertutup C16 Badminton Club edisi tahun 2018 telahpun selesai dilangsungkan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 Ogos 2018. Pertandingan telah dilangsungkan dari dari jam 09.30 pagi sehingga 01.30 petang yang telah disertai seramai 20 orang peserta lelaki.


Pertandingan ini telah berlangsung dengan menggunakan format liga yang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan (Group A & B). Setiap peserta diundi untuk mendapat pair masing-masing. Saingan diantara para peserta amat sengit dari peringkat liga hingga ke akhir dengan menunjukkan semangat serta skill-skill individu yang cukup baik. Setiap peserta/pair akan bermain sebanyak 4 kali dalam setiap group. Juara & Naib Juara setiap group telah ditentukan dengan jumlah pungutan mata terkumpul dari empat perlawanan didalam liga & seterusnya secara automatik layak ke peringkat separuh akhir.


Senarai peserta/pair adalah seperti dibawah:

Group A:
1) Norazman / Aizad
2) Karl / Zulhilmi
3) Ezra / Herman
4) Rizal / Nik
5) Azman / Am

Group B:
1) Sobri / Aiman
2) Adieyy / Zul Putra
3) Kudin / Khairul
4) Beeloy / Arif
5) Shah / Lukman


Keputusan Perlawanan



AKSI-AKSI PERLAWANAN


















PERINGKAT SEPARUH AKHIR





PENENTUAN TEMPAT KETIGA




PERLAWANAN AKHIR





HADIAH PERTANDINGAN:
MAN OF THE MATCH : Piala & Raket
JUARA : Medal, Wang Tunai RM350, Raket & Cenderahati
NAIB JUARA : Medal, Wang Tunai RM200 & Cenderahati
KETIGA : Medal, Wang Tunai RM100 & Cenderahati
KEEMPAT : Medal, Wang Tunai RM50 & Cenderahati
LUCKY DRAW : x 14

~ SIJIL PENYERTAAN DIBERIKAN KEPADA SEMUA PESERTA ~







KEPUTUSAN PERTANDINGAN:
MAN OF THE MATCH : Arif 
JUARA : Beeloy / Arif
NAIB JUARA : Kudin / Khairul
KETIGA : Nik / Rizal
KEEMPAT : Karl / Zulhilmi










Terima kasih kpd semua yg terlibat. Tahniah kpd pemenang2. Yg tidak bernasib baik, jgn putus asa. Teruskan usaha, cuba lg dimasa akan dtg. Dr pihak penganjur, mohon maaf jika ada kekurangan atau silap & salah yg tidak disengajakan sepanjang pertandingan berlangsung. Terima kasih juga diucapkan kpd individu2 yg memberikan sumbangan & sokongan yg tidak berbelah bg kpd kelab. Tanpa anda semua, pertandingan tidak akan berlangsung dgn jayanya.. Tahniah & Syabas diucapkan!!


~ TAHNIAH KEPADA KESEMUA PEMENANG-PEMENANG.. MAJULAH SUKAN BADMINTON C16 BADMINTON CLUB ~





Terima kasih & jumpa lg di pertandingan yg akan dtg. Inshaallah..

Kredit:
Official Sponsor : C16 Badminton Club & kesemua individu2 yg memberikan sumbangan.
Pegawai Pertandingan: Azrin / Naim / Volunteer dr peserta2
Gelanggang Rasmi: SLK Badminton Centre, Setapak Kuala Lumpur

Comments