Skip to main content

Panduan Memperbaharui Cukai Jalan Motosikal Melebihi 1 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,

Kepada penunggang-penunggang motosikal yang tiada cukai jalan & yang ingin memperbaharui cukai jalan motosikal yang melebihi 1 tahun, bolehlah mengambil rujukan serta pengajaran dalam kes saya setelah menggunakan motosikal tanpa cukai jalan & disabit kesalahan "Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh & Tiada Insuran" oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Seperti kebiasaannya pada setiap hari Jumaat malam, saya akan ke court badminton di Setapak, Kuala Lumpur untuk bermain badminton bersama rakan-rakan & akan melalui Jalan Genting Klang tetapi pada waktu itu terdapat sekatan jalanraya yang telah dibuat oleh pihak JPJ. Saya tidak mengetahuinya pada asalnya. Setiba di sekatan jalanraya tersebut, saya telah ditahan & telah diberikan surat mahkamah.

Selepas dari kejadian tersebut, saya terus ke JPJ untuk memohon rayuan tetapi tidak dibenarkan. Rayuan @ kompaun tidak dibenarkan sama sekali jika kes seperti ini.
Oleh itu sebelum terjadi, beringatlah. Diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.





Disini saya sertakan cara untuk memperbaharui cukai jalan motosikal yang telah melebihi 1 tahun. Saya memperbaharuinya di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Genting Klang.




1)  MEMPERBAHARUI INSURAN
Lokasi Pembelian : Berhadapan Bangunan JPJ

  • Insuran yang saya ambil adalah dari syarikat AXA AFFIN GENERAL INSURANCE BERHAD (3rd Party).. Harga insuran : RM 211.. Anda boleh memilih syarikat insuran lain yang anda kehendaki. Jangan lupa bawa geran asal anda.


Contoh Insuran


2) MEMOHON PERMIT PERJALANAN SEMENTARA
Lokasi : Pintu 4   (Disebelah kiri bangunan utama)

  • Dapatkan borang permit perjalanan sementara untuk motosikal anda sebelum motosikal anda diperiksa (Inspection). Isikan borang tersebut dengan lengkap & perlu dihantar kembali beserta insuran yang anda beli. Permit perjalanan sementara ini hanya dibolehkan semasa anda ingin hantar motosikal anda untuk inspection (Dalam 3 hari sahaja dibenarkan melalui tarikh pilihan anda). Anda boleh memilih pusat pemeriksaan untuk inspection samada di JPJ atau di Puspakom. Lebih baik & senang di JPJ sahaja sebab tiada caj dikenakan.

Contoh Pengesahan Permit Perjalanan Sementara yang disahkan

3) PEMERIKSAAN KENDERAAN  (INSPECTION)
Lokasi : Di Bahagian Belakang Bangunan JPJ    (Tiada caj dikenakan)

  • Bawa motosikal anda ke lokasi pemeriksaan kenderaan. Bawa bersama pengesahan permit perjalanan sementara, geran motosikal original, IC & lesen memandu anda. Sebelum bawa untuk pemeriksaan, pastikan motosikal berkeadaan baik & bersih. Yang paling penting, pastikan Nombor Enjin & Nombor Casis jelas terpapar di motosikal anda. Jika ada kotoran, sila bersihkan. Jika tiada nombor tersebut, berkemungkinan motosikal anda diminta untuk dibawa ke kilang motosikal anda untuk disahkan. Pegawai JPJ akan menyemak nombor enjin, nombor casis serta buat semakan bunyi enjin, lampu, signal, hon, brek & sebagainya untuk disahkan motosikal anda dalam keadaan yang baik mengikut peraturan JPJ. Jika berjaya, pengesahan akan diberikan kepada anda untuk mendapatkan cukai jalan motosikal anda yang akan anda baharui.
Contoh Pengesahan Pemeriksaan



4) PEMBAHARUAN CUKAI JALAN
Lokasi : Tingkat 1 (Pintu 2) - Bangunan Utama

  • Selepas mendapat pengesahan pemeriksaan motosikal anda, bawa pengesahan tersebut beserta geran asal serta IC anda ke kaunter untuk pembelian cukai jalan yang baru. RM 2 sahaja akan dikenakan untuk pembaharuan cukai jalan motosikal. Jika cukai jalan berjaya dikeluarkan & di print, anda telah pun berjaya mendapatkan cukai jalan motosikal anda yang sah. Jadi, bolehlah gunakan motosikal anda tanpa sebarang ragu-ragu ditahan JPJ ataupun polis.
Contoh Cukai Jalan Motosikal
Contoh Resit Pembayaran


Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menjadi rujukan kita bersama. Sama-samalah kita beringat sebelum cukai jalan tamat tempoh supaya tidak terjadi perkara yang saya alami. 


Terima kasih..


Comments