Skip to main content

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park, Selayang

99 Wonderland Park adalah salah sebuah taman rekreasi yang boleh dikatakan masih baru yang terletak di Tasik Sri Murni, Selayang, Selangor Darul Ehsan. Dibuka pada 14 Mac 2018 & dirasmikan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Area ini merupakan kawasan tasik yang berukuran sepanjang 23 ekar & berada diantara condominium baru Lake Park Residence serta bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Seri Murni dan berdekatan dengan Villa Lagenda Condominium. Pada asalnya, area ini adalah bekas lombong dan area port memancing untuk penduduk di area ini. Tetapi JL99 Group telah mengambil inisiatif untuk menaik tarafkan lombong ini & akhirnya terciptalah "99 Wonderland Park" 

Taman rekreasi ini mengamalkan konsep “terbuka”, iaitu membolehkan para pengunjung untuk berinteraksi dengan burung-burung dan haiwan-haiwan seperti angsa, penyu, burung unta, merak, rusa, burung nuri, mara, monyet kecil, meerkat, arnab, burung kuang, flamingo, dan sebagainya. Jika anda menaiki Pelayaran 99 untuk menyeberangi tasik, anda akan berpeluang untuk belayar lalu burung-burung yang mengelilingi tasik itu. Landskap dalam taman ini membolehkan para pengunjung untuk berehat dan menghayati pemandangan yang indah. Taman ini menyediakan kemudahan-kemudahan tarikan seperti Gelang T-Rex, Zon 12 Zodiak, Air Terjun Emas, Arca 1 Malaysia, Air Pancut Tinggi. Para pengunjung dapat menyampaikan berkat masing-masing dengan mengunci Kunci Cinta JL99 di jambatan ajaib itu.


99 Wonderland Park adalah taman rekreasi pertama di KL yang menampilkan dengan lampu LED dan haiwan-haiwan atau burung-burung yang langka di samping landskap yang indah. Oleh itu, anda dapat menikmati saat-saat yang hebat dan tidak dapat dilupakan di 99 Wonderland ParkTaman ini dipenuhi lampu-lampu LED yang dipasang di sepanjang laluan seperti yang dipasang di pokok-pokok, gates dan lain-lain. Jika anda datang pada sebelah malam, area ini sememangnya cerah tetapi LED disini bukanlah seperti ICT Shah Alam, memang jauh berbeza dengan standard LED di ICT.. Untuk memasuki taman ini, anda dilarang membawa masuk makanan atau minuman. Ini kerana di dalam park ini ada disediakan gerai jualan makanan dan minuman, gerai-gerai cenderamata dan lain-lain. Difahamkan dalam sedikit masa lagi akan dibuka "Fun Fair" didalam park ini untuk menarik lebih ramai pengunjung.





Bagaimana untuk datang ke 99 Wonderland Park? Anda perlu melalui Jalan Kuching menghala ke rawang & jalan masuk ke park ni berdekatan dengan Pasar Borong Kuala Lumpur (Selepas pintu gerbang) tetapi harus diingat, park ini bukan berdekatan dengan Pasar Borong Selayang. Untuk lagi mudah, gunakan sahaja Waze @ Google Maps. Set sahaja '99 Wonderland Park', Inshaallah akan sampai ke tempat yang ditujui. Jika anda datang ke sini dengan kereta, anda boleh meletak kenderaan anda berhampiran taman atau taman di kawasan tempat letak kereta yang ditetapkan.

Alamat 99 Wonderland Park 

Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara,  
68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

GPS Coordinates

Latitude: 3.2365649

Longtitude: 101.66452140000001


 Peta 99 Wonderland Park

Harga Tiket Masuk









Waktu Operasi "99 Wonderland Park"
Isnin & Selasa :  Ditutup
Rabu hingga Ahad : 9malam - 11malam
Cuti Umum / Cuti Sekolah : 9malam - 11malam







Peta Taman

Galeri

























Untuk tempahan tiket group 40 orang & keatas, sila hubungi:
Call / Whatsapp:  017-2320372  (Ismi)


Comments