Skip to main content

TIPS MUDAH DESIGN BUNTING UNTUK BEGINNERS !


Adakah anda...
1. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi tak tahu nak hasilkan artwork yang cantik ?
2. Tahu basic Photoshop / Illustrator, tapi takde sijil / diploma / degree dalam course yang berkaitan, terutamanya course Graphic Design ?
3. Tak ada idea langsung untuk buat design di kala customer nak design tu dengan SEGERA ?
4. Dapat customer jenis yang tak kisah design yang macam mana pun, asalkan siap ?
.
Berikut diberikan beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama:
.
◈ Pilih background sesuai mengikut tema ◈
Background memainkan peranan penting untuk menarik perhatian orang ramai kepada bunting anda. Boleh lakukan carian imej di internet. Disarankan untuk mencari website jenis stock images percuma terutamanya yang berkualiti HD seperti pixabay.comunsplash.com dan sebagainya. Pilih backgound yang 'plain / lembut / dan tidak serabut dilihat. Juga pastikan background tak akan mengganggu teks yang ingin disertakan dalam bunting.
.
◈ Pilih font (dan warnanya) yang sesuai ◈
Pemilihan font penting agar maklumat yang nak disampaikan jelas dan mudah dibaca. Bergantung pada tema bunting, font juga seeloknya sesuai dengan tema. Contohnya font jenis sans serif untuk bunting formal, font jenis fancy untuk bunting event seperti majlis perkahwinan atau aqiqah, dan sebagainya.
.
◈ Kreativiti ◈
Kreativiti sememangnya satu perkara yang subjektif. Namun secara tak langsung ia perlu dalam menghasilkan bunting design yang menarik. Mungkin kreativiti dari segi cara perletakan maklumat, penggunaan imej secara superimpose, dan sebagainya.
.

Comments