Skip to main content

TIPS PERKAHWINAN : PROSEDUR PERKAHWINAN DI SELANGOR


Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, perkara penting yang bakal pengantin wajib tahu mestilah mengenai prosedur perkahwinan negeri masing-masing. Sebenarnya prosedur perkahwinan ini tidaklah susah mana pun, cuma ianya akan jadi senang bila kita tahu caranya sahaja. Tapi yang pastinya perasaan berdebar-debar itu mesti ada walaupun kita dah tahu macamana nak memohon. Artikel dibawah ini adalah untuk prosedur perkahwinan bagi negeri Selangor yang saya sendiri serta pasangan saya buat semasa untuk mendaftar permohonan kebenaran berkahwin. Semoga artikel ini serba sedikit dapat membantu anda serta memudahkan urusan anda kelak.
Prosedur Pemohonan Perkahwinan Negeri Selangor
  1. Bagi bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan, mereka haruslah menghadiri kursus pra-perkahwinan terlebih dahulu. (Tak kisah dimana pun tempat asalkan mendapat sijil yang sah dari Jabatan Agama Islam.)
  2. Membuat ujian HIV dimana-mana klinik ATAU hospital kerajaan bagi kedua-dua pasangan di dalam tempoh 6 bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. (Tak kisah dimana pun klinik/hospital kerajaan tapi seeloknya jika di Selangor, buat dalam negeri Selangor sahaja)
  3. Mengisi borang permohonan perkahwinan secara online di dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh majlis. (https://ncr.jais.gov.my/)
  4. Borang permohonan perkahwinan diisi dengan lengkap dan dokumen sokongan di lampirkan sekali. (Untuk lelaki, lengkapkan borang 2A manakala untuk perempuan borang 2C & 2D). Jika alamat anda sekarang berlainan dengan IC, anda perlu lengkapkan borang 1.
  5. Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah. (Time saya semasa PKP tidak perlu jumpa PPN, hanya terus ke Pejabat Agama Islam Daerah sahaja TETAPI kini dah kena jumpa PPN Kariah dahulu sebelum ke Pejabat Agama Daerah)
  6. Dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah.
  7. Akad nikah berlangsung.
  8. Surat perakuan nikah boleh diambil di Pejabat Agama Islam Daerah.

BAGI PEMOHON LELAKI, APAKAH YANG PERLU DIBUAT??
Sumber imej: Laman web Jabatan Agama Islam Selangor (https://ncr.jais.gov.my/)
PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)
1. Isikan borang 2A di website https://ncr.jais.gov.my/ dengan lengkap dan print kan.
Contoh Borang 2A Online

2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/HIV dari klinik/ hospital kerajaan yang berhampiran.
Contoh Borang HIV
Download 1 borang di http://www.jawi.gov.my/Borang/borang2017/BorangHIV2018.pdf  & 1 lagi boleh dapatkan di kaunter klinik/hospital kerajaan.

3. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:

4. Jadi, apabila borang dan dokumen sokongan sudah dilengkapkan, maka bakal pengantin lelaki bolehlah terus mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kariah. Tetapi harus diingat, bakal pengantin lelaki hendaklah membawa bersama 2 orang saksi. (Time saya semasa PKP tidak perlu jumpa PPN, hanya terus ke Pejabat Agama Islam Daerah sahaja TETAPI kini dah kena jumpa PPN Kariah dahulu sebelum ke Pejabat Agama Daerah)
5. Pemohon juga boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah jika Penolong Pendaftar Nikah Kariah sedang bercuti ketika itu. Pastikan borang-borang tersebut telah di cop rasmi dan disertakan tarikh sekali oleh penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.
6. Untuk urusan borang sudah selesai. Jadi sekarang, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah. Tetapi, harus di ingat, permohonan nikah yang telah diluluskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah hanya boleh digunakan selama 3 bulan sahaja. 
Pihak Pejabat Agama Islam akan mengeluarkan borang 3A sebagai pengesahan.
Contoh Borang Pengesahan (3A)

7. Setelah semua urusan oleh pihak lelaki telah selesai, semua borang ini bolehlah diserahkan kepada pihak perempuan.
BAGI WANITA PULA, IKUTI LANGKAH INI;

PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (PEREMPUAN)

1. Isikan borang 2C dan 2D di website https://ncr.jais.gov.my/ dengan lengkap dan print kan. 
Contoh Borang 2C Online

Contoh Borang 2D (Wakalah Wali)

2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/HIV dari klinik/ hospital kerajaan yang berhampiran.
Contoh Borang HIV
Download 1 borang di http://www.jawi.gov.my/Borang/borang2017/BorangHIV2018.pdf  & 1 lagi boleh dapatkan di kaunter klinik/hospital kerajaan.

3. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:


4. Apabila borang dan dokumen sokongan sudah dilengkapkan, maka pemohon bolehlah terus mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kariah.. Tapi, harus di ingat, semasa hendak memohon pengesahan, pemohonan hendaklah membawa bersama wali dan 2 orang saksi.
5. Pemohon juga boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah jika Penolong Pendaftar Nikah Kariah sedang bercuti ketika itu. Pastikan borang-borang tersebut telah dicop rasmi dan disertakan tarikh sekali oleh penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah dan wali yang sah dan juga 2 orang saksi pemohon haruslah dibawa bersama juga.
6. 
Untuk urusan borang sudah selesai. Jadi sekarang, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah dan permohonan nikah yang telah dibenarkan hanya sah laku selama 3 bulan sahaja. Pihak Pejabat Agama Islam akan mengeluarkan borang 3C sebagai pengesahan.
Contoh Borang Pengesahan (3C)

7. Sebelum majlis akad nikah berlangsung, bakal pengantin perempuan haruslah menyerahkan surat kebenaran perkahwinan kepada penolong pendaftar nikah.
CARTA WALI BAGI PEMOHON WANITA (SANGAT PENTING)
ATAU boleh rujuk fatwa wali di : https://ncr.jais.gov.my/images/fatwa_walinasab.pdf
STEP TERAKHIR  BAGI PASANGAN
  • Surat perakauan nikah boleh diambil selepas 14 hari bermula dari tarikh pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk didaftarkan.
  • Suami haruslah menandatangani ruangan ta’liq pada surat perakuan nikah berwarna biru semasa mengambilnya.
SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke kariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di https://ncr.jais.gov.my/ 
5. Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.
6. Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?
Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.


AKHIR KATA;
Semoga pasangan-pasangan yang berasal dari Selangor dan bakal melangsungkan rumahtangga bersama pilihan hati masing-masing tidak berasa terbeban dengan prosedur perkahwinan negeri Selangor ini. Sebenarnya, ianya mudah sahaja jika kita betul-betul memahami caranya. Tetapi harus di ingat, persiapan hendaklah dilakukan dari awal supaya hari bahagia yang akan berlangsung nanti akan berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah. Seelok-eloknya, bakal pengantin masing-masing berbincang dengan pasangan bila urusan prosedur perkahwinan hendak diuruskan, jadi tidaklah menjadi masalah nanti.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ataupun yang berniat untuk mendirikan rumahtangga pada masa yang akan datang. Semoga perkahwinan anda semua bahagia dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan dan ditabahkan hati menghadapi dugaan sepanjang menjalani alam rumah tangga. Insha-Allah.

Comments